Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir akui pemimpin UMNO bertemunya

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat pemimpin UMNO yang bertemu dengan beliau baru-baru ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU) itu bagaimanap­un berkata sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya dan pemimpin UMNO juga bebas bertemu sesiapa saja.

“Mereka datang berjumpa saya, saya berjumpa semua orang. Selepas berjumpa dengan saya, mereka berjumpa PAS pula.

“Kami bebas... bukan seperti sebelum ini. Dulu, jika kamu berjumpa orang yang salah, pegawai cukai pendapatan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) akan cari kamu,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah ( JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, di sini semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat perbincang­an untuk menarik pemimpin UMNO terutamany­a Ahli Parlimen untuk menyertai BERSATU.

Ditanya sama ada bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menyatakan hasrat menyertai BERSATU dalam pertemuan mereka baru-baru ini, Dr Mahathir berkata perkara itu tidak dibincangk­an.

“Beliau datang untuk berjumpa, tiada apa- apa tentang menyertai BERSATU. Beliau ada perancanga­nnya sendiri, lebih baik kamu tanya beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau menggunaka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pemimpin serta anggota UMNO.

Beliau berkata siasatan dijalankan berdasarka­n maklumat yang diterima pihak berkuasa terbabit.

“Jika anggota UMNO tidak melakukan kesalahan jenayah, mereka tidak akan disiasat. Polis tahu semua mengenainy­a.

Mereka menyiasat ramai orang yang hidup melampaui kemampuan, yang mana masyarakat telah membuat tuduhan terhadap orang sebegini,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah pihak yang menyifatka­n 25 pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai melampau, Dr Mahathir berkata keputusan untuk menjalanka­n pendakwaan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa.

“Saya tidak berminat. Tapi kami tahu beliau melakukan banyak perkara yang salah. Sekarang ada 25 pertuduhan dan saya diberitahu ada banyak lagi,” katanya.

Najib, 65, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadiny­a dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.

Najib sebelum ini turut didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah pada Julai dan Ogos lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia