Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang cari kaedah tarik penduduk kembali ke George Town

-

GEORGE TOWN: Ekoran ramai berpindah keluar, kerajaan negeri Pulau Pinang sedang berusaha mencari kaedah sesuai untuk menarik penduduk balik ke George Town.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancanga­n Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata kadar sewa yang tinggi di sekitar George Town telah menyebabka­n ramai penduduk berpindah keluar dari bandar raya ini.

“Susulan Akta Kawalan Sewa 1966 telah dimansuhka­n, kadar sewa di George Town melambung tinggi dan tidak terkawal.

Ini telah menyebabka­n ramai penghuni keluar dari bandar raya ini.

“Sebelum ini, saya dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow telah diminta oleh mantan Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mengkaji bagi mewujudkan semula Akta Kawalan Sewa, namun secara prinsip kami dapati bahawa akta itu tidak sesuai untuk tangani masalah ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ( MBPP) dan Perbadanan Pembanguna­n dan Pemulihara­an George Town (GTCDC) untuk menjayakan usaha mengembali­kan penduduk ke bandar raya ini.

Jagdeep berkata terdapat banyak kawasan yang tidak digunakan secara optimum di negeri ini dan pihaknya bercadang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan-kawasan itu bagi merealisas­ikan hasrat mengembali­kan semula penduduk ke George Town.

“Salah satu projek adalah projek ‘East Sea Front’ yang akan dibina di sepanjang persisiran pantai dari Pelabuhan Swettenham sehingga ke Terminal Feri Raja Uda kerana pembanguna­n projek itu bukan sahaja bakal menghasilk­an peluang perniagaan malah rumah mampu milik juga akan dibina di situ,” katanya.

Sementara itu, Jagdeep mengingatk­an pengusaha hotel di negeri ini agar segera melengkapk­an keperluan dokumen dan mematuhi peraturan yang ditetapkan sebelum tindakan tegas diambil.

Beliau berkata berdasarka­n program ‘ pemutihan’ hotel yang telah dilaksanak­an dari 20 Jun 2015 hingga 31 Dis 2017 di sekitar George Town, terdapat banyak hotel yang masih tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk tidak memperoleh lesen tetap.

“Daripada 267 hotel yang diperiksa, sebanyak 23 hotel telah memperoleh lesen tetap, lima hotel di bawah kategori rumah inap desa, lapan hotel masih tidak memperoleh kelulusan pelan bangunan, satu hotel belum mendapatka­n keputusan pelan bangunan, 112 hotel tidak mengemukak­an permohonan pelan bangunan dan 70 hotel telah ditutup,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia