Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar kembali ke parlimen bukan mengejutka­n: Aminuddin

-

SEREMBAN: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dan seterusnya diangkat sebagai ahli parlimen dan perdana menteri kelapan kelak bukan isu yang timbul secara mengejut tetapi muafakat dipersetuj­ui semasa penubuhan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun semasa menjelaska­n perkara itu berkata, semua pihak harus maklum bahawa keputusan mendapatka­n Pengampuna­n Diraja adalah bagi membebaska­n Ketua Umum PKR itu lebih awal daripada penjara untuk tujuan itu selepas PH mengambil alih pentadbira­n negara.

“Kita sedia maklum dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan dalam menubuhkan PH kita sudah bincang bahawa hari pertama PH menang, Anwar akan dibebaskan dengan mendapatka­n pengampuna­n Agong segera dan kemudianny­a bertanding di Parlimen sebelum diangkat menjadi perdana menteri.

“Inilah caranya yang sudah dipersetuj­ui bersama semua pimpinan utama PH pada masa itu, jadi tidak timbul isu mengatakan ini satu perkara baharu sehingga menimbulka­n persepsi negatif dan keraguan (dalam PH),” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Menteri Besar mengakui terdapat persepsi negatif mengenai hasrat Anwar bertanding itu, tetapi persepsi berkenaan datang daripada orang luar dan bukannya dalam kalangan penduduk Port Dickson.

Katanya di Port Dickson tidak ada persepsi negatif terhadap kehadiran Anwar, dan berdasarka­n pertemuan dengan penduduk mereka mengalu-alukan Anwar bertanding dan seterusnya yakin Anwar akan menjadi perdana menteri kelapan.

“Apabila Anwar menyuaraka­n hasratnya untuk bertanding pada PRK dan menyatakan bahawa sudah tiba masanya dia kembali ke Parlimen untuk memperkasa Parlimen sementara Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan pentadbira­n sebagai perdana menteri dan perkara ini disambut baik oleh anggota Parlimen PKR,” katanya.

Port Dickson adalah kawasan campuran pelbagai kaum dengan 43 peratus ter- diri daripada kaum Melayu, 33 peratus kaum Cina dan 22 peratus kaum India dan kaumkaum lain dua peratus.

Aminuddin berkata berdasarka­n komposisi itu beliau optimis bahawa masyarakat di kawasan itu dapat menerima Anwar dengan baik.

Beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Anwar atas faktor beliau sebagai seorang tokoh yang berpengaru­h dan berpengala­man.

“Bahkan saya bukan sahaja yakin perubahan dapat dilakukan di Port Dickson dan limpahanny­a akan turut dirasai Negeri Sembilan secara umumnya apatah lagi salah satu daripada kawasan Parlimen di negeri ini dipegang bakal perdana menteri, ia juga sudah tentu akan mempengaru­hi sektor ekonomi dan sebagainya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKAN MENGEJUTKA­N: Aminuddin (kanan) ketika temu bual eksklusif dengan Bernama di kediaman beliau di Seremban semalam berkata tindakan Anwar bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson dan seterusnya diangkat sebagai ahli parlimen dan perdana menteri kelapan kelak bukan isu yang timbul secara mengejut tetapi muafakat dipersetuj­ui semasa penubuhan PH.
— Gambar Bernama BUKAN MENGEJUTKA­N: Aminuddin (kanan) ketika temu bual eksklusif dengan Bernama di kediaman beliau di Seremban semalam berkata tindakan Anwar bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson dan seterusnya diangkat sebagai ahli parlimen dan perdana menteri kelapan kelak bukan isu yang timbul secara mengejut tetapi muafakat dipersetuj­ui semasa penubuhan PH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia