Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota PKR terutama calon bertanding digesa tidak berbalah

-

GEORGE TOWN: Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin mahu semua anggota parti itu terutama mereka yang bertanding pada pemilihan PKR 2018 tidak berbalah hanya kerana berbeza pendapat sebaliknya meraikan demokrasi yang sihat serta mengundi untuk masa depan Malaysia Baharu.

Dr Afif yang merupakan Timbalan Ketua AMK berkata medan pemilihan kali ini adalah satu wacana untuk menawarkan idea dan visi demi masa depan PKR serta negara.

“Komitmen saya di dalam PKR jelas ,iaitu melihat parti menjadi satu organisasi politik yang lebih tersusun dan profesiona­l… dalam masa sama agenda reformasi yang dipelopori oleh (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 20 tahun dahulu harus dilaksanak­an secara holistik dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pemilihan PKR akan bermula di Kedah dan Pulau Pinang Sabtu ini, melibatkan 105,056 layak mengundi. Kira-kira 800,000 anggota PKR di seluruh negara akan mengundi pada pemilihan yang akan berlangsun­g sehingga 28 Okt ini.

Dr Afif yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembanguna­n Luar Bandar Pulau Pinang berkata bermula esok, PKR akan melalui satu proses demokrasi di dalam parti di mana hampir 10,212 jawatan di peringkat cabang dan 76 jawatan di peringkat pusat bakal dipertandi­ngkan.

Beliau berharap proses pengundian yang bermula di Pulau Pinang dan Kedah hari ini berjalan lancar dan berlangsun­g dalam keadaan harmoni. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia