Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n mendadak anggota PKR kerana tarikan sebagai parti kerajaan

-

PETALING JAYA: PKR menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa peningkata­n mendadak keanggotaa­nnya dalam tempoh begitu singkat disebabkan oleh proses pemilihan kepimpinan parti pada tahun ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kemasukan beramai-ramai ke dalam parti itu berlaku kerana tarikan bahawa PKR bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini adalah parti pemerintah yang membentuk kerajaan persekutua­n.

“Lonjakan itu berlaku sudah tentu kita sedia maklum kerana PKR sebagai sekutu dalam PH telah memben- tuk kerajaan, jadi tarikan itu lebih kuat, berbanding sebelum ini PKR sebagai pembangkan­g.

“Kemasukan beramai-ramai itu juga menunjukka­n keyakinan baharu khususnya rakyat Malaysia terhadap PKR. Jadi saya menolak sama sekali tanggapan bahawa PKR sengaja melonjak (jumlah) anggotanya untuk tujuan pemilihan parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media pengumuman rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, di sini semalam.

Saifuddin Nasution diminta mengulas persoalan pening- katan mendadak keanggotaa­n PKR yang mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan pemimpin akar umbi parti itu yang bertanya adakah kemasukan beramai- ramai itu disebabkan ada pemilihan parti bagi menyokong pemimpin tertentu.

Sehingga 9 Mei lepas, keanggotaa­n PKR mencatat bilangan seramai 550,000, namun selepas berakhirny­a Pilihan Raya Umum Ke-14, jumlahnya meningkat kepada lebih 900,000 pada 26 Jun lalu.

Saifuddin Nasution berkata PKR telah mengemas kini senarai anggotanya dan memutuskan kira-kira 840,000 anggotanya layak untuk me- ngundi dalam pemilihan parti, bermula esok di Pulau Pinang dan Kedah.

“Mereka yang layak mengundi adalah mereka yang mendaftar sebagai ahli sehingga 26 Jun lalu. Mereka yang mendaftar antara 9 Mei hingga 26 Jun lalu juga layak, manakala mereka yang mendaftar selepas itu tidak layak,” katanya.

PKR akan menjalanka­n pemilihan secara berperingk­at bermula hari ini hingga 28 Okt bagi memilih wakil Majlis Kepimpinan Pusat iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK), ketua Wanita dan ahli majlis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia