Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo ketepikan emosi, sedia berdepan Frosinone

-

MILAN: Cristiano Ronaldo bangkit dan kembali kepada urusan dalam Serie A menentang kelab yang dinaikkan ke liga utama Frosinone esok (Ahad) selepas dia kembali dari Sepanyol dalam aksi Liga Juara-Juara yang berakhir dengan tangisan apabila dibuang dari padang ketika menentang Valencia.

Bekas bintang Real Madrid itu tidak dapat menahan perasaan di atas padang selepas dia dilayangka­n kad merah yang kontrovers­i hanya beberapa hari sahaja selepas jaringan pertamanya untuk Juventus menyaksika­n juara iu mengekalka­n rekod 100 peratus mereka untuk mendahului dengan tiga mata di tempat teratas Serie A.

Juventus tetap menewaskan Valencia menerusi dua tendangan penalti yang disempurna­kan oleh Miralem Pjanic.

Selepas mereka memulakan kempen di Eropah, yang menjadi fokus mereka pada musim ini, dengan kemenangan, gergasi Turin itu mahu memastikan usaha mereka untuk memenangi kejuaraan domestik kelapan berturut-turut terus berada di landasan dengan kunjungan ke Frosinone.

Jurulatih Massimilia­no Allegri yakin Ronaldo, 33, akan kembali menjaringk­an gol dalam perlawanan menentang pasukan dari luar Rom yang menduduki tempat kedua tercorot dalam liga dengan satu mata.

“Dia kecewa dan dia memerlukan masa untuk bertenang. Dia perlu mengatasin­ya dan fokus kepada Ahad, walaupun perkara seperti ini meninggalk­an rasa pahit,” kata jurulatih itu.

Juara itu akan bermain tanpa pemain tengah Jerman Sami Khedira yang mengalami kecederaan otot paha.

Douglas Costa turut mengalami kecederaan, tetapi pemain Brazil itu tetap tidak akan bermain dalam perlawanan liga esok kerana dua sedang menjalani penggantun­gan empat perlawanan selepas meludah pemain lain pada hujung minggu lepas.

I n t e r Milan juga kembali daripada L i g a J u a r a - J u a r a dengan keyakinan yang tinggi ekoran kemenangan saat akhir 2- 1 ke atas Tottenham dalam kepul a n - gan mereka ke Eropah buat pertama kali sejak 2012. Namun Roma tewas 3-0 kepada juara bertahan Real Madrid di Sepanyol manakala Napoli mencatatka­n keputusan seri tanpa jaringan di Red Star Belgrade. Inter bimbingan Luciano Spalletti menjaringk­an dua gol dalam masa tujuh minit, yang dicetuskan oleh kapten Mauro Icardi yang menyumbat gol pertamanya pada musim ini dalam penampilan sulungnya dalam Liga Juara-Juara. Inter - yang terkapaika­pai di tempat ke-15 dalam Serie A dengan hanya empat mata sahaja daripada empat perlawanan - bertandang ke kelab di tempat keempat Sampdoria untuk memburu kemenangan ekdua dalam pusingan aksi kelima. — AFP LONDON: Virgil van Dijk telah mencabar Liverpool untuk menggunaka­n permulaan mereka yang cemerlang kepada musim Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pendorong untuk menamatkan kemarau trofi mereka. Pasukan Jurgen Klopp pasti mahu mengekalka­n prestasi mereka yang cemerlang dalam pertemuan yang berpotensi bersejarah dengan Southampto­n di Anfield pada malam ini (Sabtu). Hanya empat buah kelab sahaja dalam era EPL yang telah membuka kempen d e n - g a n enam k e - m e - n a n g a n b e r t u - rut- turut - Newcastle pada 1994, Manchester City dua musim lalu serta pasukan Chelsea pada 2005 dan 2009.

Sekarang, Liverpool yang menduduki tempat kedua di belakang pendahulu Chelsea berdasarka­n kelebihan jaringan, dapat menyertai senarai itu dengan kemenangan ke atas Southampto­n.

Kemenangan juga akan menandakan kali pertama sejak 1990- 1991 di mana Liverpool telah membuka musim liga dengan tujuh kemenangan berturut-turut.

Permulaan mengagumka­n Liverpool, termasuk kemenangan mereka yang mengujakan pada pertengaha­n minggu ke atas Paris SaintGerma­in dalam Liga JuaraJuara, meyakinkan Van Dijk, pemain pertahanan Belanda, bahawa kelabnya bersedia untuk memenangi piala pertama mereka sejak Piala Liga 2012.

“Ia adalah waktu yang hebat sekalin untuk menjadi seorang pemain Liverpool, anda mahu menentang kelab-kelab yang kami akan tentang,” kata Van Dijk.

“Saya mahu memenangi sesuatu, saya mahu mencipta memori di sini dan melakar sejarah juga bersama semua pemain ini.

“Kita perlu ada cita-cita, dan dengan saiz kelab ini, dengan orang yang ada si sini dan sejarah kelab, kami mahu berusaha untuk memenangi segalanya.”

Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino memulakan perlawanan pada malam ini di Brighton di bawah tekanan buat pertama kalinya sejak dia memikul

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ??  ?? VAN DIJK
VAN DIJK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia