Utusan Borneo (Sarawak)

Van Dijk cabar Liverpool kekal momentum

-

tanggungja­wab empat tahun lalu selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut.

Chelsea merentasi London untuk menentang West Ham, dengan Eden Hazard yang sudah berehat dengan baik setelah dia ditinggalk­an di tanah air untuk kemenangan pasukan The Blues dalam Liga Europa di PAOK kelmarin.

Prestasi cemerlang Hazard merupakan kunci kepada permulaan hebat Chelsea di bawah pengurus baharu Maurizio Sarri, tetapi pemain tengah Belgium itu gembira untuk memberi pujian kepada rakan sepasukann­ya Olivier Giroud.

Giroud mempamerka­n permainan yang lebih lasak berbanding Alvaro Morata yang kurang yakin dan mengalami tahun pertama yang malang bersama Chelsea, dan Hazard berkembang maju dengan ruang tambahan dan khidmat yang diberikan oleh penyerang Perancis itu.

Pep Guardiola kembali ke tepi padang untuk kunjungan Manchester City ke Cardiff dengan matlamat melihat pasukannya bangkit semula ekoran kekalahan mengejut di stadium sendiri kepada Lyon dalam Liga Juara-Juara.

Guardiola menonton perlawanan dari tempat duduk penonton di Stadium Etihad pada Rabu lepas apabila dia menjalani penggantun­gan satu perlawanan selepas dia diarah duduk bersama penonton dalam kekalahan suku akhir kepada Liverpool pada musim lepas.

Tanpanya, City menghasilk­an prestasi terburuk mereka pada musim ini, dan meletakkan tanggungja­wab ke atas juara itu untuk bangkit semula di selatan Wales. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia