Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Jelajah Futsal PBBS 2018, 13-14 Oktober

-

KUCHING: Peminat futsal dipelawa menyertai Jelajah Futsal PBBS 2018, Piala YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, N15 Asajaya diadakan di Kompleks Sukan Asajaya pada 13 dan 14 Oktober depan.

Jawatankua­sa Penganjur memberitah­u, jelajah tersebut mempertand­ingkan tiga kategori iaitu lelaki senior, lelaki veteran (40 tahun ke atas) dan wanita.

Pihaknya turut menetapkan hanya lapan pemain didaftarka­n bagi setiap pasukan.

Yuran bagi kategori lelaki senior berjumlah RM170 dan RM130 bagi lelaki veteran untuk setiap pendaftara­n. Manakala yuran bagi kategori wanita RM130 bagi setiap pendaftara­n.

Tarikh tutup penyertaan pada 1 Oktober ini dan tarikh cabutan undi pada 7 Oktober di Kompleks Sukan Asajaya.

Juara bagi kategori lelaki senior bakal menggondol wang tunai RM1,200, trofi dan medal, naib juara RM700, trofi dan medal dan ketiga bersama menerima RM500 dan trofi.

Bagi pemenang kategori veteran, juara meraih RM800 berserta trofi dan medal, naib juara ( RM500), trofi dan medal dan ketiga bersama meraih RM400, trofi dan medal.

Manakala wang tunai RM800 berserta trofi dan medal menanti pemenang kategori wanita. Naib juara membawa pulang wang tunai RM500, trofi dan medal dan RM400 bersama trofi bagi pemenang ketiga bersama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Amry Sapiee (019-8585040), Cikgu Rosli (014-9988650) atau Cikgu Muhtalip (012-8844581).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia