Utusan Borneo (Sarawak)

Trio Pulau Pinang gondol pingat emas acara memanah

-

SERI ISKANDAR: Bendera Pulau Pinang akhirnya berkibar di tiang teratas pada hari terakhir acara memanah hari ini selepas skuad memanah negeri itu memenangi emas acara compound pusingan Olimpik berpasukan lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19.

Lebih membanggak­an, M. Khambeswar­an, Muhamad Faris Jamaludin dan Syed Imran Syed Ibrahim berjaya menyamai rekod kebangsaan iaitu 234 mata yang dicipta trio kebangsaan, Zulfadhli Ruslan, Mohd Juwaidi Mazuki dan Ahmad Syafiq Azim pada Sukan Universiti Asia, Singapura pada 2016 .

Ketiga-tiga atlet yang ceria dan tenang semasa perlawanan berlangsun­g turut memadam rekod SUKMA yang lepas yang dicipta trio Selangor, Nik Ahmad Danial Mohd Kamaro, Amirul Amin Abd Rahim dan Hay Cheng Feng iaitu 228 mata di Sarawak.

Gandingan pemanah Pulau Pinang itu berjaya menewaskan wakil Sabah Chin Shi Yi, Eugenius Lo Foh Soon dan Mecedger Sage Edie, 234-230, untuk pingat Perak, manakala Terengganu memperoleh gangsa setelah mengetepik­an Sarawak, 229227.

Bagi Khambeswar­an, 19, dan rakan pasukannya, mere- ka tidak meletakkan harapan tinggi untuk masuk ke pentas final kerana menyedari saingan yang begitu hebat daripada pasukan lain ketika pusingan kelayakan.

” Kami sangat gembira sehingga menitiskan air mata kerana akhirnya dapat membawa pulang satu pingat emas untuk Pulau Pinang selain empat pingat perak dan dua gangsa dalam acara memanah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia