Utusan Borneo (Sarawak)

PTNS tetap berpuas hati dengan pencapaian atlet taekwondo

-

KUCHING: Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak ( PTNS), Azizul Annuar Adenan tetap berpuas hati dengan pencapaian atlet taekwondo Sarawak pada SUKMA XIX Perak 2018 yang menamatkan saingan kelmarin.

Katanya, meskipun Sarawak terlepas gelaran juara keseluruha­n dimenangi pada edisi 2016 kejayaan atlet-atlet taekwondo menggondol tiga pingat emas, lapan perak dan dua gangsa pada SUKMA XIX ini tetap sesuatu yang membanggak­an.

“Secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan pencapaian atlet- atlet taekwondo Sarawak apabila kita berjaya memenangi tiga pingat emas, dua dari acara poomsae dan satu dari kyorugi. Enam lagi atlet berjaya layak ke final kyorugi namun nasib tidak menyebelah­i kita untuk memenangi emas.

“Saya amat berbangga dgan pencapaian mereka walaupun tidak mendapat apa yang dijangka. Mereka telah berusaha keras dan berlatih bersungguh- sungguh,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Azizul, persiapan Sarawak untuk ke SUKMA kali ini sedikit terjejas susulan pengumuman Kementeria­n Belia dan Sukan ( KBS) mengugurka­n taekwondo daripada sukan teras.

“Pada awal tahun, kita dikejutkan oleh KBS bahawa sukan taekwondo telah digugurkan daripada sukan teras.

“Sarawak yang merupakan ‘powerhouse’ dalam sukan ini turut terjejas dan ia juga telah mengganggu tahap persediaan kami menjelang SUKMA tahun ini,” jelasnya.

Tiga emas Sarawak d i s u m b a n g k a n o l e h Augustine Rudy Grocer ( poomsae lelaki), Nurul Hidayah Abdul Karim (poomsae wanita) dan Audrey Nu Alexander ( kyorugi wanita).

Perak pula disumbangk­an oleh Eimran Ghaffary Mohamad Daud (melebihi 87kg lelaki), Tie Sing Da (bawah 54kg lelaki), Licky Donny Ling ( bawah 68kg lelaki), Calvin Li Wen ( bawah 80kg lelaki), Tan Yen Ming ( bawah 87kg), Nurul Hidayah Abdul Karim & Augustine Rudy Grocer ( poomsae bercampura­n), Tu Wen Jing ( melebihi 73kg wanita) dan Nurul Nur Hafizza Mahdi (bawah 73kg wanita).

Manakala gangsa dimenangi Jasline Jacob Kilder (bwah 46kg) dan Rebecca John Nedek (bawah 53kg).

 ??  ?? BANGGA: Azizul (dua kanan) bersama ibunya yang juga ADUN Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu (dua kiri), jurulatih serta barisan atlet meraikan kejayaan Rebecca (tengah) kelmarin.
BANGGA: Azizul (dua kanan) bersama ibunya yang juga ADUN Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu (dua kiri), jurulatih serta barisan atlet meraikan kejayaan Rebecca (tengah) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia