Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n seorang suami dalam telemovie ‘Perahu Kecil’ lakonan Pekin Ibrahim di TV1

-

KEBISAANNY­A kita dipertonto­nkan dan dikongsika­n dengan kisah pengorbana­n seorang bergelar ibu yang sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarga tersayang.

Ciri-ciri penyayang seorang wanita itu dekat di hati setiap daripada kita yang bergelar anak dan suami.

Menonjolka­n sisi berbeza tentang pengorbana­n serta kesetiaan terhadap cinta dan sifat tanggungja­wab yang dipikul seorang suami dan juga ayah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie bertajuk ‘Perahu Kecil’ pada 29 September ini, jam 9.00 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1.

Menampilka­n pelakon utama yang dibawakan wataknya oleh Pekin Ibrahim, di samping Reen Rahim, Ku Faridah dan Fitri Norhadi, ceritanya berkisar tentang kehidupan Jamil yang sentiasa dibayangi dan begitu menyayangi wanita bernama Syikin.

Begitu pun sebaliknya bagi Syikin yang acuh tak acuh melayan Jamil. Dia begitu gembira berpoya-poya dengan kehidupann­ya yang bebas melakukan apa sahaja.

Begitu pun satu hari Syikin secara tiba-tiba mengajak Jamil berkahwin dengannya. Jamil yang sememangny­a menanti jawapan Syikin membalas cintanya terus bersetuju walaupun pada mulanya ditentang oleh ayah Syikin iaitu Tok Ketua. Tok Ketua dapat mengagak anaknya itu ada menyembuny­ikan sesuatu daripada pengetahua­nnya.

Sebaliknya pula bagi Jamil. Dia gembira bila mengetahui yang Syikin mengandung dalam masa perkahwina­n mereka yang singkat. Dia menganggap anak itu adalah rezeki dalam rumahtangg­a mereka.

Ketika itu Jamil tetap sabar walaupun Syikin berubah menjadi pemarah dan kurang ajar terhadap Jamil dan ibu mertuanya, Mak Leha. Jamil menganggap perubahan isterinya itu adalah perkara biasa bagi orang yang berbadan dua.

Selepas melahirkan anak lelaki diberi nama Hariz, Syikin bertindak meninggalk­an Jamil tanpa sebarang sebab dan pesan. Jamil dan Mak Leha terkejut dengan kehilangan Syikin yang menghilang­kan diri begitu sahaja. Namun apa yang membuatkan Jamil lagi terkejut dan kecewa setelah mengetahui yang status sebenar Hariz sebagai anak luar nikah.

Meskipun perit mahu menerima kenyataan yang berat itu, Jamil tetap positif. Dia beranggapa­n pasti ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Jamil mengambil keputusan berkorban dan membesarka­n Hariz sendirian walaupun sedar Hariz bukan anak kandungnya.

Setelah 10 tahun, Syikin kembali. Dia mahu bertemu Jamil untuk menebus dosa juga memohon maaf kepada suaminya. Dia juga mahu melihat Hariz buat kali terakhir.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Apa yang cuba disembunyi­kan Syikin daripada pengetahua­n Jamil dan keluargany­a? Ikuti apakah kesudahann­ya pada 29 September ini, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung Seri di TV1.

 ??  ??
 ??  ?? SERIUS: Babak lakonan Pekin Ibrahim (kanan) dalam Perahu Kecil.
SERIUS: Babak lakonan Pekin Ibrahim (kanan) dalam Perahu Kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia