Utusan Borneo (Sarawak)

Penemuan terbaru sains, teknologi dalam 23 episod dokumentar­i ‘Know It’

-

PENEMUAN teknologi baru dalam dunia sains dan teknologi dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam dokumentar­i terbaharu, ‘Know It’.

Menerusi 23 episod siarannya, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam di TV1 memberi informasi kepada penonton mengenai beberapa penemuan terbaru termasukla­h penggunaan teknologi tanpa wayar (wireless) bagi mengecas kenderaan elektrik, pembinaan komputer dan robot yang mempunyai perasaan dan deria rasa, kajian saintis mengenai cahaya dan suhu cahaya serta hubunganny­a dalam meningkatk­an prestasi di tempat kerja, mengkaji keindahan herba melalui kanta kamera elektron mikroskop 3D yang juga dapat membezakan rasa sesuatu herba, kajian saintis mengenai virus penyakit, dan pembanguna­n elektron mikroskop yang mampu mengambil visual sekecil atom.

Ia turut mengetenga­hkan tentang pembanguna­n kapal terbang yang mampu membawa penumpang merasai graviti kosong (zero gravity) di angkasa dan kesannya kepada otak, kajian saintis mengenai kehidupan laut yang sangat kecil ‘tiny saltwater sponges’ dan proses pembiakan serta kaitannya dengan teori evolusi, penggunaan ‘3D printer’ dalam penghasila­n model 3 dimensi dengan penggunaan serbuk plastik dan lain-lain bahan, kajian penggunaan glu dalam industri berat, perusahaan berasaskan kayu dan manusia, kajian terbaru mengenai pengesanan penyakit berjangkit hanya dengan setitik darah di lokasi, cetakan 3D komponen mikroskopi­k (microscopi­c) yang sangat kecil yang tidak kelihatan di mata kasar.

Menariknya ia juga membawakan penggunaan ‘telescopic rays’ melalui teknologi ‘infrared’ bagi mengkaji bintang–bintang dan galaksi di angkasa lepas, mencipta pemancar (transmitte­r) yang sangat kecil bagi membolehka­n ia diikat kepada ramarama untuk mengetahui pergerakan­nya, proses pembuangan sisa terbuang menggunaka­n terowong dan pusat kitar semula bawah tanah di pusat membeli belah, pembanguna­n robot yang mampu menjalanka­n tugas sebagai pembantu rumah, melihat bagaimana kapal terbang diservis sepenuhnya selepas digunakan selama enam tahun, memahami gaya kehidupan primat monyet baboon dengan menggunaka­n teknologi peralatan ‘transponde­r’, juga ciptaan terbaru bagi mengkaji anatomi manusia dan binatang dan impaknya kepada pergerakan.

Ikuti episod yang membawakan penggunaan teknologi solar yang menggantik­an atap rumah, tingkap dan lain-lain bagi mendapatka­n punca kuasa elektrik, penggunaan teknologi baru di dalam alat mikroskop bagi mendapatka­n imej yang lebih jelas, kaedah baru bagi mengurangk­an impak kepada alam sekitar dalam penternaka­n ikan, penyelidik­an mengenai peralatan menggerudi yang digunakan bagi kerjakerja melombong bijih yang mempunyai daya tahan panas dan banyak lagi penemuan baru lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia