Utusan Borneo (Sarawak)

Polis China berkas 12 seludup produk haiwan terancam

-

GUANGZHOU: Dua belas suspek diberkas kerana menyeludup produk yang diperbuat daripada haiwan terancam, kata polis di wilayah Guangdong di selatan China.

Dalam satu operasi bersama, polis di bandar Zhanjiang, Shenzhen dan Maoming menumpaska­n empat sindiket penye- ludupan dan merampas produk haiwan seberat kira-kira 401 tan dan dianggarka­n bernilai 470 juta yuan.

Menurut agensi berita Xinhua, produk tersebut termasuk 794 cangkerang ‘nautilus’, 43 kulit ular sawa batu Afrika, tujuh kulit harimau bintang dan satu spesimen cicak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia