Utusan Borneo (Sarawak)

Korban tanah runtuh monsun di Filipina cecah 22

-

MANILA: Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh monsun di tengah Filipina telah meningkat kepada 22 orang, kata pihak berkuasa semalam, ketika anggota penyelamat menggali sepanjang malam dalam pencarian segera untuk mangsa terselamat dalam tragedi terbaharu di negara yang baharu dilanda taufan itu.

Beberapa orang masih lagi hilang selepas sebahagian tepi bukit yang sangat besar runtuh kelmarin ke atas beberapa komuniti luar bandar berhampira­n Naga di pulau pelanconga­n Cebu.

Usaha menyelamat muncul ketika negara masih lagi menerima kesan akibat Taufan Mangkhut, yang mengorbank­an 88 orang, kebanyakan dalam kejadian tanah runtuh besar- besaran di bahagian utara pergununga­n di negara ini.

Anggota penyelamat di Cebu telah mengeluark­an 22 mayat dari bawah runtuhan dalam tempoh 24 jam selepas bencana terbaharu itu, jurucakap pejabat bencana wilayah Julius Regner memberitah­u AFP.

Kira-kira 200 anggota polis, bomba dan pakar menggunaka­n peralatan berat yang masih mencari kira-kira 50 orang lagi, menurut Regner.

“Kami berharap akan menemui semua orang pada hari ini bagi tidak memanjangk­an lagi penderitaa­n ahli keluarga mereka,” tambah beliau.

Cebu tidak dilanda secara langsung oleh Mangkhut, taufan paling kuat di dunia pada tahun ini, namun dilanda oleh hujan monsun yang lebat selama beberapa hari, menjadikan cerun bukit sebagai berbahaya.

Polis telah menggesa kirakira 20 orang agar mengosongk­an beberapa rumah berhampira­n dan berpindah ke pusat penempatan sementara pada malam kelmarin kerana bimbang mungkin berlakunya tanah runtuh lagi, menurut Regner.

Usaha muncul ketika anggota penyelamat di bahagian utara Filipina meneruskan kerja bagi mencari mayat 12 orang yang disyaki tertimbus dalam satu tanah runtuh yang berlaku pada Sabtu lepas akibat Taufan Mangkhut.

Selepas beberapa hari ratusan anggota penyelamat menggali menggunaka­n penyodok dan malah tangan mereka sahaja di komuniti perlombong­an Itogon, jentera berat akhirnya tiba bagi membantu usaha pencarian.

Pelombong berskala kecil dan keluarga mereka tertimbus selepas pondok mereka dan beberapa rumah lain dilanda oleh salah satu daripada beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku ketika ribut melanda kawasan pergununga­n Cordillera.

Kebanyakan daripada 88 mangsa Mangkhut telah meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di wilayah perlombong­an emas pergunu- ngan Cordillera yang termasuk Itogon.

Taufan Mangkhut turut membawa hujan lebat ke kawasan utama pertanian di pulau utara Luzon di Filipina, menyebabka­n kerugian tanaman yang kemungkina­n berjumlah lebih $250 juta. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKHIRNYA DITEMUI: Anggota penyelamat menggunaka­n mesin pengorek untuk mengeluark­an mayat di lokasi kejadian tanah runtuh di Kota Naga di pulau pelanconga­n yang popular di Cebu kelmarin.
— Gambar AFP AKHIRNYA DITEMUI: Anggota penyelamat menggunaka­n mesin pengorek untuk mengeluark­an mayat di lokasi kejadian tanah runtuh di Kota Naga di pulau pelanconga­n yang popular di Cebu kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? SUDAH AJAL: Anggota penyelamat mengeluark­an mayat di lokasi kejadian tanah runtuh di Kota Naga di pulau pelanconga­n yang popular di Cebu.
— Gambar AFP SUDAH AJAL: Anggota penyelamat mengeluark­an mayat di lokasi kejadian tanah runtuh di Kota Naga di pulau pelanconga­n yang popular di Cebu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia