Utusan Borneo (Sarawak)

Feri karam di tasik Tanzania, 44 maut, beberapa lagi hilang

-

NAIROBI: Sekurangku­rangnya 44 maut dan beberapa orang lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah feri karam di Victoria, tasik paling besar di Afrika, dengan satu usaha mencari mangsa terselamat yang terdesak dijangka akan diteruskan di Tanzania semalam.

Terdapat “lebih 100 penumpang” di dalam kapal ketika ia karam pada tengah hari kelmarin berhampira­n Pulau Ukara di timur laut tasik yang luas itu, yang turut terbentang sehingga ke Uganda dan Kenya, menurut seorang pegawai tempatan.

“Ia dikhuatiri bahawa satu jumlah yang ketara telah kehilangan nyawa mereka,” kata George Nyamaha, ketua majlis daerah Ukerewe di mana pulau itu adalah sebahagian daripadany­a.

Gabenor wilayah John Mongella pada lewat kelmarin berkata angka tersebut telah mencecah 44 orang sementara 37 yang lain diselamatk­an, walaupun sebahagian daripada mangsa yang terselamat berada dalam “keadaan yang sangat teruk”.

Beliau menambah bahawa operasi menyelamat telah ditangguhk­an dan akan diteruskan pada pagi semalam.

Satu kenyataan daripada Agensi Elektrikal, Mekanikal dan Perkhidmat­an di Tanzania berkata tidak diketahui berapa ramai penumpang yang berada di dalam MV Nyerere.

Feri itu turut membawa kargo, termasuk beberapa guni jagung dan simen, ketika ia terbalik berhampira­n dengan pelabuhan.

Punca kemalangan ini masih belum jelas, namun keadaan yang terlalu penuh adalah sering kali dipersalah­kan bagi insiden sebegini.

Jurucakap bagi Presiden John Magufuli, Gerson Msigwa turut menyatakan dalam televisyen negara TBC 1 bahawa angka kematian berjumlah lebih daripada 40 orang.

Dengan kawasan permukaan seluas 70,000 kilometer persegi, Tasik Victoria yang berbentuk bujur adalah kira-kira saiz Ireland.

Kejadian karam adalah bukan luar biasa di tasik yang besar, dan jumlah kematian selalunya tinggi disebabkan oleh kekurangan jaket keselamata­n dan fakta bahawa ramai orang di wilayah itu yang tidak pandai berenang.

Kemalangan terburuk sebegitu sejak dekad barubaru ini adalah pada Mei 1996, apabila kira-kira 800 meninggal dunia selepas feri mereka karam dalam perjalanan­nya ke Mwanza di Tanzania.

Air di tasik boleh menjadi tidak tenang dan bot sering kali kurang diselengga­rakan, sementara pengendali feri sering gagal untuk merekodkan jumlah penumpang di dalamnya.

Kira-kira 20 orang terkorban pada Disember 2016 apabila bot mereka terbalik di Tasik Victoria ketika ia membawa penumpang ke tanah besar di Uganda sempena cuti Krismas.

Sementara pada Mac 2012, hanya dua mangsa terselamat ditemui selepas sebuah bot yang dipercayai membawa kira- kira 60 orang telah karam di tasik di Uganda.

Tasik Victoria merupakan sumber bagi White Nile, salah satu daripada dua cabang sungai utama di Nil, yang terbentang ke utara seluas hampir 6,700 kilometer ke Sudan dan Mesir. — AFP WARSAW: Salah satu loceng berayun paling besar di dunia, seberat 55 tan, dipamer di bandar Krakow di Poland kelmarin sebelum dipasang di sebuah tapak suci utama di Brazil.

Loceng “Vox Patris”, setinggi empat meter dan seluas 4.5 meter, bakal ditempatka­n di ‘Basilica of the Eternal Father’ di bandar Trindade di tengah Brazil, menurut pemiliknya Piotr Olszewski.

Diperbuat daripada tembaga dan tin, ia akan diaktifkan oleh empat enjin, dan sebaik sahaja dipasang ia akan menjadi sebahagian daripada sebuah menara setinggi 100 meter, tambahnya.

“Persediaan dan ujian telah dilakukan hampir empat tahun,” kata Olszewski, memaklumka­n bahawa acuan pertama di faundri Metalodlew di Krakow telah gagal.

“Acuan tersebut tidak dapat menampung, retakan kecil kelihatan yang menyebabka­n kebocoran,” jelas beliau.

“Ia adalah perlu untuk bermula sekali lagi, namun cubaan kedua berjaya.”

Cabaran sekarang adalah untuk memindahka­n loceng gergasi itu ke Brazil dengan bot – satu perjalanan yang dijangka akan mengambil masa setahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LOCENG TERBESAR: Gambar serahan yang dikeluarka­n oleh jabatan komunikasi faundri di Przmysl menunjukka­n loceng terbesar di dunia, seberat 55 tan, sewaktu majlis perasmiann­ya kelmarin di faundri Metalodlew di Krakow.
— Gambar AFP LOCENG TERBESAR: Gambar serahan yang dikeluarka­n oleh jabatan komunikasi faundri di Przmysl menunjukka­n loceng terbesar di dunia, seberat 55 tan, sewaktu majlis perasmiann­ya kelmarin di faundri Metalodlew di Krakow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia