Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha capai sasaran tenaga RE memerlukan sokongan

-

KUALA LUMPUR: P e n e t a p a n s a s a r a n p e n g g u n a a n t e n a g a boleh diperbahar­u ( RE) di Malaysia sebanyak 20 peratus berbanding dua peratus ketika ini, dilihat sebagai agresif ketika negara masih kekurangan dorongan bagi memacu pertumbuha­n sumber itu.

Pengerusi Lembaga Tenaga Malaysia, Datuk Abdul Razak Abdul Majid berkata sasaran yang merupakan lonjakan besar, turut memerlukan sokongan, inisiatif serta program yang diterajui oleh kerajaan bagi memastikan­nya dapat dipenuhi.

Menurutnya, walaupun wujud beberapa insentif di bawah mekanisme tarif berkaitan serta pemasangan panel solar, aspek itu masih belum mencukupi bagi menggalakk­an dan mempromosi­kan RE dan kerajaan tidak berhasrat melonjakka­n penggunaan RE menerusi mekanisme tersebut.

“Atas dasar ini, (sasaran) itu mungkin tidak dapat dicapai pada 2025...mungkin pada 2026 atau lebih lewat bergantung kepada sejauh mana kesanggupa­n kerajaan menyediaka­n kemudahan berkaitan serta kesediaan orang ramai untuk menyertain­ya.

“Jika ini semata- mata didorong oleh (pertimbang­an) komersial, ia tidaklah sebegitu cepat. Namun, keadaan mungkin lebih pantas jika idea itu bertumpu kepada penyertaan orang ramai dalam agenda hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi utama bertajuk ‘ Pembanguna­n Hijau dan Transforma­si Dalam Industri Bekalan Tenaga’ di sini, kelmarin.

S e s i i t u d i a d a k a n bersempena Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik 2018 (CEPSI 2018) yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Bhd.

AbdulRazak­yangjugabe­kas Ketua Pegawai Eksekutif agensi tujuan khas, MyPower, berkata (penjanaan) sumber RE yang lebih tinggi juga akan memakan masa bergantung kepada harga panel solar dan bateri.

“Sementara itu, beban asasnya masih ada dalam jangka pertengaha­n dan berkemungk­inan mencapai kapasiti sistem tenaga jika negara ini berada di landasan tepat untuk mencapai kecekapan penggunaan RE sebanyak 20 peratus itu.

“Bagi setiap RE yang diusahakan, anda perlu meletakkan beberapa sokongan ( beban asas) sekiranya penghasila­n tenaga daripada solar itu adalah rendah,” katanya.

Menurut Abdul Razak, banyak perkara perlu dipertimba­ngkan, termasuk penyediaan tanah bagi membolehka­n aktiviti solar itu dapat dijalankan.

Pada masa sama, katanya, keseimbang­an antara mencapai sasaran RE itu, khususnya penggunaan tanah bagi aktiviti ekonomi juga perlu dilakukan secara kritikal.

Mengulas cabaran negara bagi mencapai peningkata­n kecekapan penggunaan RE, beliau berkata ini menyentuh aspek kekangan dana bagi menangani jurang kos penjanaan RE dan harga jualan tenaga kepada grid. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia