Utusan Borneo (Sarawak)

Meter pintar membawa banyak manfaat, kata MERALCO

-

KUALA LUMPUR: Pemasangan meter pintar di Filipina telah membawa banyak manfaat kepada pengguna serta kepada utiliti kuasa Manila Electric Company ( MERALCO), kata Ketua Penasihat Teknologin­ya, Gavin D. Barfield.

Bercakap pada sidang akhbar, di sini, kelmarin, selepas sesi ucap tama mengenai Pembanguna­n Hijau dan Transforma­si dalam Industri Bekalan Elektrik (ESI) di Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018, beliau berkata meter pintar juga akan memudahkan pengguna yang peka harga untuk memantau penggunaan kuasa elektrik mereka.

Meter ini, terutamany­a jenis prabayar, memudahkan pengguna membayar di kedai tempatan yang menjual tambah nilai kredit atau perkhidmat­an muat naik apabila mereka kehabisan kredit, kata Barfield.

Selain itu, katanya, meter pintar juga membantu tuan rumah yang menyewa rumah untuk mendapatka­n penguru- san kewangan yang lebih baik bagi penggunaan kuasa dan pembayaran bil oleh penyewa mereka kerana bil boleh dibayar setempat dengan adanya maklumat masa nyata.

Beliau berkata satu daripada perkembang­an menarik daripada pemasangan meter pintar prabayar adalah penguranga­n kecurian elektrik daripada talian kuasa di kawasan miskin di Manila kerana penghuni sanggup membayar sendiri penggunaan kuasa mengikut keperluan mereka.

Barfield berkata dengan ke- majuan teknologi dan inovasi, MERALCO, yang telah bertapak lebih 100 tahun di negara itu, akan melancarka­n lebih banyak penyelesai­an pintar bagi manfaat penggunany­a dan bukan hanya sekadar terlibat membekalka­n kuasa.

CEPSI 2018 dihoskan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan merupakan acara yang diadakan dua tahun sekali bagi pemain tenaga di Asia Timur dan Pasifik Barat serta rantau lain di dunia untuk membincang­kan isu-isu tenaga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia