Utusan Borneo (Sarawak)

SST bukan punca utama kenaikan harga barang

-

KUALA LUMPUR: Elemen percukaian seperti Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bukanlah satu-satunya penyebab kenaikan kos harga barangan, sebaliknya turut dipengaruh­i faktor termasuk pergerakan harga produk terbabit.

Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata faktor itu termasuk barang yang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludup­an, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.

“Kenaikan harga juga l azimnya disebabkan oleh permintaan dan penawaran sesuatu barang serta perkhidmat­an dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel ( BNC) di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, Lim menasihati rakyat untuk menjadi pengguna bijak dengan mengambil tindakan seperti membuat laporan kepada Kementente­rian Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, memboikot barangan tersebut dan menularkan sebarang salah laku berkenaan.

Mereka juga harus membeli barangan atau perkhidmat­an yang benar-benar diperlukan selain mengambil inisiatif membanding­kan harga serta membuat kajian pasaran terlebih dahulu.

Menurutnya, kerajaan juga amat komited untuk mengurangk­an beban kewangan rakyat khususnya golongan B40 (golongan 40 peratus pendapatan rendah negara).

M a l a h , m e n e r u s i pelaksanak­an SST yang telah ditambahba­ik, kerajaan telah ‘ mengembali­kan’ semula jumlah kutipan cukai dianggarka­n kira-kira RM23 billion kepada rakyat.

“Adalah diharapkan dengan pemulangan kutipan cukai ini dapat merangsang permintaan pengguna, meningkatk­an keyakinan pelabur dan seterusnya menjana pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, SST juga hanya merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna ( IHP) berbanding Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) yang meliputi 60 peratus daripada kumpulan barangan dan perkhidmat­an indeks berkenaan.

Jelas Lim, bebanan bagi golongan B40 juga lebih rendah berikutan tiada lagi cukai terhadap produk termasuk sardin, susu, teh, sos cili, sos tomato, bijirin, marjerin, kaya serta motosikal di bawah 250cc dan basikal.

Selain itu, golongan nelayan tidak lagi tertakluk kepada cukai untuk pembelian bot manakala bagi petani, traktor dan baja tidak lagi dikenakan cukai yang sebelum ini menyebabka­n petani tidak berdaftar dibebani GST bagi pembelian baja, katanya.

Bagi sektor perumahan, bahan binaan yang tidak dikenakan cukai adalah pasir, bata dan simen manakala perkhidmat­an kesihatan dan hospital yang tidak dikenakan SST adalah khidmat perundinga­n penjagaan kesihatan, pentadbira­n, perubatan dan perkhidmat­an ambulatori. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia