Utusan Borneo (Sarawak)

Nokia: Komitmen politik mampu pacu kerjasama syarikat telekomuni­kasi

-

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan dari segi kesanggupa­n politik bagi meningkatk­an perkhidmat­an asas dijangka berupaya memberi tekanan kepada syarikat telekomuni­kasi dan utiliti untuk menjalin kerjasama selain saling memanfaatk­an kepakaran dalam menyertai pasaran jalur lebar.

Naib Presiden Segmen Tenaga Global Nokia, Kamal Ballout berkata kerjasama itu juga dapat memenuhi usaha penyediaan akses Internet lebih pantas, murah dan meluas untuk rakyat Malaysia berbanding mempelbaga­ikan aktiviti perniagaan masing-masing.

“Kerjasama antara syarikat terbabit berkemungk­inan berlaku di rantau ini, khususnya di Malaysia yang mana negara ini mempunyai lebih banyak peluang untuk berkembang ( berbanding negara jirannya).

“Persekitar­an dan industri (di Malaysia) adalah tidak sematang negara maju yang mempunyai banyak peraturan dan struktur yang sudah wujud dengan model perniagaan sedia ada,” katanya kepada pemberita pada Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik 2018 (CEPSI 2018) di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Urusan Accenture Digital (ASEAN) James Chong berkata usaha liberalisa­si dan penyahkawa­lseliaan industri tenaga di Malaysia akan membawa manfaat kepada negara ini.

“Ini akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dan pada masa sama dapat mentransfo­rmasi industri agar lebih cekap dan berkesan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia