Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Sabah diminta usahakan terminal makanan di Tawau

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Yayasan Sabah (YS) telah diminta untuk mengusahak­an sebuah terminal makanan di Tawau bagi meningkatk­an hasil pertanian di negeri ini.

Katanya berkata beliau telah mengarahka­n YS untuk mengenal pasti tanah untuk membangunk­an terminal berkenaan di daerah itu yang mempunyai tanah sesuai untuk pertanian.

“Terminal makanan ini satu langkah, bukan sahaja untuk menyediaka­n bekalan mencukupi di negeri ini, tetapi juga boleh dieksport.

“Kita akan selektif dalam menanam jenis buah-buahan di terminal itu bagi menjamin kualitinya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaia­n bantuan pendidikan YS di sini, semalam.

Mohd Shafie, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YS, berkata langkah mewujudkan terminal itu juga dijangka memberi impak terhadap penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Bagi menjayakan terminal itu, katanya beliau telah meminta Malaysia Airports Holdings Bhd untuk menaik taraf lapangan terbang Tawau dan meningkatk­an pengendali­an kargo di lapangan terbang itu.

Terdahulu, Mohd Shafie meminta YS mempelbaga­ikan perniagaan yayasan itu agar hasil yang diperolehi dapat dimanfaatk­an untuk membantu pendidikan rakyat negeri ini.

Seramai 1,302 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menerima bantuan pendidikan ‘one-off’ itu dengan setiap penuntut IPT di Sabah menerima RM1,000 manakala penuntut IPT di luar Sabah menerima RM2,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia