Utusan Borneo (Sarawak)

Bina sekolah daif guna IBS cepat siap, kos minimum dan berkualiti

-

KOTA KINABALU: Industri pembinaan negara telah mengalami perubahan berikutan penggunaan teknologi masa kini yang secara tidak langsung meningkatk­an tahap kualiti dan keselamata­n sesebuah bangunan itu.

Teknologi Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap bukan satu perkara baharu kerana teknologi itu digunakan secara meluas di negara-negara maju.

Melalui teknologi IBS, ia dapat meningkatk­an kualiti bangunan dan kerja, mengurangk­an penggunaan buruh asing di tapak projek serta mempercepa­tkan kerja pembinaan.

Bagi menaik taraf sekolah daif di negeri Sabah, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ( JPNS) telah meluluskan projek menaik taraf sekolah daif di Sabah menggunaka­n kaedah IBS.

Projek naik taraf ini merupakan satu usaha kerajaan dalam membantu memperbaik­i fasiliti sekolah terutama sekolah-sekolah daif di negeri Sabah.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ismail Bakar baru-baru ini telah datang ke Sabah untuk melawat projek sekolah daif menggunaka­n kaedah IBS di Sekolah Kebangsaan (SK) Gudon dan SK Unggun di Manggatal, di sini.

Dalam kenyataan beliau semasa lawatan projek di kedua- dua sekolah berkenaan, Ismail berkata kerajaan melalui KPM sentiasa prihatin dalam pembanguna­n sekolah- sekolah di Sabah terutama sekolah daif.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan projek IBS bagi sekolah daif yang terpilih dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ia kerana teknologi IBS dapat mempercepa­tkan masa pembinaan dan secara tidak langsung projek dapat disiapkan lebih awal.

“Melalui penggunaan IBS, ia secara tidak langsung menjanjika­n kelebihan seperti penguranga­n pekerja di tapak, penguranga­n pembaziran bahan binaan, penguranga­n bahan binaan di tapak, alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih, kawalan kualiti lebih baik, tapak pembinaan lebih teratur dan selamat serta tempoh pembinaan lebih singkat,” katanya.

Hasil lawatan yang dijalankan ke atas kedua-dua sekolah berkenaan, Ismail mendapati Projek IBS SK Unggun siap 100 peratus manakala Projek IBS SK Gudon masih belum selesai sepenuhnya.

“Projek IBS di SK Gudon boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan namun Jabatan Pendidikan perlu ada pemantauan rapi supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Lawatan ke kedua- dua sekolah berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia Datuk Dr Mohd Ghazali Abas, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin dan Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan dan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

 ??  ?? SIAP: Sebanyak 15 bilik darjah, bilik sains dan blok tandas SK Unggun sudah siap dibina.
SIAP: Sebanyak 15 bilik darjah, bilik sains dan blok tandas SK Unggun sudah siap dibina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia