Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK TANGGA KE-4 SUKMA XIX

- Daripada Mohd Aliff Idzwan Abdullah

KUCHING: Rekod tanpa kalah AXIS FC dalam kempen K-League 2018 lebur selepas tewas tipis 1-2 di tangan Enraz FC pada perlawanan berlangsun­g di Padang D, Petra Jaya di sini semalam.

Enraz FC yang dibimbing bekas penyerang Sarawak, Zamri Morshidi menampil permainan bertenaga dan berjaya membimbing perlawanan pada minit ke-23 menerusi Mohd Shazwan Rahmatulla­h.

Sebelum babak pertama berakhir, Azman Ahmad meletakkan Enraz selesa dengan gol kedua pada minit ke-43.

Usaha AXIS FC untuk merapatkan jurang hadir pada lewat permainan menerusi jaringan Said Mohd Adidie Ahmadi pada masa kecederaan (90+2).

Satu lagi perlawanan di Stadium Sarawak, Petra Jaya menyaksika­n KSK Satok berjaya menumpaska­n UiTM Sarawak FC dengan jaringan 2-0.

Ram Fadillah Ramlan muncul watak penting KSK Satok dengan meledakkan dua gol pada minit ke-31 dan ke-43.

Kemenangan itu membolehka­n KSK Satok mengutip 12 mata sekali gus berkongsi kedudukan dengan AXIS FC di puncak liga.

Hari ini satu lagi perlawanan akan berlangsun­g membabitka­n SSN Sarawak dan Rzurf Excellent di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini bermula jam 4.15 petang. IPOH: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) Perak 2018 melabuhkan tirainya dalam acara gilang-gemilang penuh dengan warnawarni di Stadium Perak di sini malam tadi.

Temasya sukan yang berlangsun­g selama sebelas hari di 12 daerah itu menyaksika­n kontinjen Sarawak menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruha­n.

Kontinjen Sarawak berjaya mengumpul sebanyak 138 pingat merangkumi 42 pingat emas, 36 perak dan 60 gangsa.

Pada edisi kali ini, Sarawak gagal mendahului kehebatan kontinjen Terengganu yang berjaya meraih juara keseluruha­n dengan 160 pingat keseluruha­n merangkumi 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa.

Manakalako­ntinjenWil­ayah Persekutua­n berpuas hati berada di kedudukan kedua dengan mengumpul sebanyak 140 pingat keseluruha­n merangkumi 52 pingat emas, 38 perak dan 50 gangsa.

Di samping pencabar terdekat iaitu Selangor berada di kedudukan ketiga dengan 182 pingat keseluruha­n merangkumi 47 emas, 68 perak dan 67 pingat gangsa.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata secara keseluruha­n beliau berpuas hati dengan pencapaian diperolehi kontinjen Sarawak pada SUKMA XIX ini.

“Ia suatu pencapaian amat memberangs­angkan walaupun pada dasarnya kita tidak berupaya mencapai sasaran pingat yang diinginkan sebelum ini.

“Bagaimanap­un, secara peribadi saya begitu berbangga dengan prestasi dan skil yang dipamerkan oleh atlet-atlet Sarawak dalam persaingan merebut pingat pada SUKMA edisi kali ini,” katanya ditemui pemberita di sini semalam.

Chef-De-Mission Kontinjen SUKMA XIX Sarawak itu menambah beliau berbangga dengan persembaha­n hebat kelompok atlet muda dari beberapa acara sukan yang telah berjaya menyumbang pingat emas, perak dan gangsa.

Di samping itu, beliau turut mengakui kecemerlan­gan dipamerkan kalangan atlet muda itu membukti betapa program pembanguna­n sukan yang dijalankan mencapai sasarannya.

“Namun, sedikit kecewa kerana kita gagal menempatka­n diri dalam kelompok tiga terbaik. Ini mungkin kerana atlet-atlet muda kita tidak pernah didedahkan untuk beraksi pada temasya besar seperti SUKMA sebelum ini,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? PECAH REKOD: Sukan angkat berat turut menyaksika­n atletnya banyak menyumbang pingat emas kepada Sarawak. Jerry Gawan berjaya memecah rekod SUKMA bagi kategori +105 snatch lelaki dengan angkatan 143 kilogram.
PECAH REKOD: Sukan angkat berat turut menyaksika­n atletnya banyak menyumbang pingat emas kepada Sarawak. Jerry Gawan berjaya memecah rekod SUKMA bagi kategori +105 snatch lelaki dengan angkatan 143 kilogram.
 ??  ?? TAHNIAH: Atlet skuasy menerima maskot SUKMA XIX Perak 2018 daripada Snowdan setelah memenangi pingat perak semalam.
TAHNIAH: Atlet skuasy menerima maskot SUKMA XIX Perak 2018 daripada Snowdan setelah memenangi pingat perak semalam.
 ??  ?? PENYUMBANG BESAR: Sukan wushu antara menyumbang pingat terbesar buat kontinjen Sarawak pada SUKMA XIX Perak 2018.
PENYUMBANG BESAR: Sukan wushu antara menyumbang pingat terbesar buat kontinjen Sarawak pada SUKMA XIX Perak 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia