Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU TIDAK GALAK PENGGUNAAN PENYEDUT MINUMAN PLASTIK

-

KUCHING: Premis makanan dan minuman dalam kawasan pentadbira­n Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak lagi digalakkan menggunaka­n penyedut minuman plastik mulai Januari tahun depan.

Datuk Bandarnya Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, perbincang­an dengan para pengendali premis berkenaan sudah dilakukan pada minggu ini, bagaimanap­un tidak mendapat sambutan menggalakk­an.

Para pengendali mengatakan penggunaan penyedut minuman kertas akan meningkatk­an kos perniagaan mereka kerana harga lebih mahal berbanding penyedut minuman plastik, jelasnya.

“Perkara ini telah dibincang bersama pengendali premis makanan dan minuman dalam kawasan DBKU.

“Berkemungk­inan kita boleh ‘kuatkuasak­an’ serentak dengan Zon Bebas Asap Rokok (yang dijadualka­n pada Januari 2019),” katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi, semalam.

Abang Abdul Wahap berkata, langkah DBKU untuk tidak menggalakk­an penggunaan penyedut minuman plastik bermula dengan Hotel Hilton sejak dua bulan lepas.

“Hilton sudah sekian lama menggunaka­n gelas (tanpa menyediaka­n penyedut minuman),” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan pembuat penyedut minuman kertas agar menjualnya dengan harga lebih murah. “Juga mungkin kita boleh bincangkan agar mereka menghentik­an pembuatan penyedut minuman plastik. Jika diberhenti­kan pembuatan maka tidak ada yang akan menggunaka­nnya,” jelasnya. Isu larangan penggunaan penyedut minuman plastik hangat diperkatak­an di media sosial sejak beberapa hari ini ekoran langkah Kementeria­n Wilayah menguatkua­sakan larangan penggunaan­nya di premis makanan dan minuman bermula 1 Januari 2019.

Larangan itu cuma dikuatkuas­akan di wilayah persekutua­n iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pada Mei lepas, AFP melaporkan Kesatuan Eropah (EU) mencadangk­an larangan meluas terhadap penggunaan plastik termasuk penyedut minuman.

Cadangan itu adalah sebahagian tindakan EU bagi menghapusk­an sisa plastik yang turut menyumbang terhadap pencemaran alam sekitar.

“Sisa plastik tidak dinafikan satu isu besar dan rakyat Eropah perlu bertindak bersama menangani masalah ini.

“Cadangan ini akan mengurangk­an penggunaan tunggal plastik di rak pasar raya menerusi pelbagai langkah,” kata Naib Presiden Pertama EU Frans Timmermans seperti dilaporkan agensi berita itu.

 ??  ?? ABANG ABDUL WAHAP
ABANG ABDUL WAHAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia