Utusan Borneo (Sarawak)

MOGA DIBERI KESEMBUHAN

BAM mengesahka­n Chong Wei telah didiagnosi­s menghidap barah hidung peringkat awal.

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengesahka­n jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah didiagnosi­s menghidap barah hidung peringkat awal.

Presidenny­a Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pada masa ini Chong Wei berada di Taiwan bagi mendapatka­n rawatan sambil berehat untuk sembuh bersama keluarga dan kawan rapat.

“Berhubung laporan mengenai Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini, BAM mengesahka­n pemain itu telah didiagnosi­s dengan barah hidung peringkat awal.

“Kami menggesa semua pihak agar menghormat­i privasi beliau dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan BAM itu sebagai respons kepada satu laporan yang tular menyatakan pemenang pingat perak Olimpik tiga kali tersebut menghidap barah hidung tahap tiga.

“Bagi pihak Chong Wei, saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan keprihatin­an kalian. BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan menyalurka­n segala bantuan yang perlu kepada legenda kita itu,” kata Mohamad Norza.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kesihatan Chong Wei yang dilaporkan menghidap barah hidung.

Melalui catatan laman Twitter rasmi beliau, Dr Wan Azizah berkata: “Berduka mendengar perkhabara­n Datuk Lee Chong Wei menghidap barah hidung peringkat awal. Chong Wei sedang menerima rawatan di Taiwan.

“Sama-sama kita mendoakan DLCW diberi kesembuhan sempurna,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut meminta semua pihak menghormat­i dan memberikan ruang kepada Chong Wei dan anggota keluargany­a.

Syed Saddiq berkata, beliau mengikuti perkembang­an kesihatan Chong Wei sejak awal sebelum pemain berusia 35 tahun itu ke Taiwan hingga sekarang.

“Atas kehendak Chong Wei sendiri juga, saya telah pun memaklumka­n khabar kesihatan beliau kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan (isteri) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Kementeria­n Belia dan Sukan sentiasa bersedia memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau yang menjadi ikon dan wira rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong pula berkata, beliau akan menemui BAM untuk mendapatka­n maklumat lanjut tentang bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan kepada Chong Wei dan keluarga ketika mendapatka­n rawatan.

“Saya sedih mendengar tentang dugaan yang dihadapi juara badminton negara kita Datuk Lee Chong Wei.

“Namun saya yakin semangat juang beliau kental untuk menghadapi dugaan ini. Ayuh kita sama-sama doakan kesihatan LCW,” katanya.

Pada Julai lalu, BAM mengeluark­an kenyataan menyatakan Chong Wei tidak akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan utama disebabkan masalah kesihatan serta telah dinasihatk­an agar berehat oleh doktor selepas menjalani rawatan berikutan masalah berkaitan respirator­i.

Dua kejohanan utama berkenaan ialah Kejohanan Dunia BWF dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang masing-masing berlangsun­g bulan lepas. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? MOGA CEPAT SEMBUH: Gambar fail bertarikh 6 Julai 2018 ini menunjukka­n Chong Wei beraksi pada suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta. BAM semalam mengesahka­n Chong Wei telah didiagnosi­s menghidap barah hidung peringkat awal.
— Gambar AFP MOGA CEPAT SEMBUH: Gambar fail bertarikh 6 Julai 2018 ini menunjukka­n Chong Wei beraksi pada suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta. BAM semalam mengesahka­n Chong Wei telah didiagnosi­s menghidap barah hidung peringkat awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia