Utusan Borneo (Sarawak)

413 kes dicatat Januari hingga 15 September 2018 berbanding 751 kes tahun lepas

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kes demam denggi di negeri ini mencatatka­n penurunan sebanyak 45 peratus bagi tempoh Januari hingga 15 September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, sebanyak 413 kes dengan satu kematian direkodkan dalam tempoh tersebut pada tahun ini berbanding 751 kes dengan empat kematian dicatatkan pada 2017.

Jelasnya, jumlah itu menunjukka­n penurunan kes sebanyak 45 peratus iaitu 338 kes dan penguranga­n kes kematian akibat denggi sebanyak 75 peratus iaitu tiga

Pengesanan dan rawatan awal dapat menyelamat­kan nyawa dan mencegah komplikasi demam denggi.

kematian.

“Penurunan kes dan kematian denggi ini adalah hasil kerjasama antara komuniti, pasukan COMBI, pihak berkuasa tempatan, Kementeria­n Kesihatan dan lain-lain agensi.

“Manakala, jumlah kes yang dilaporkan mengikut bahagian di seluruh negeri pula, Kuching sebanyak 80 kes diikuti Sibu (76), Samarahan (44), Betong (43), Kapit (38), Miri (33), Sri Aman (26), Serian (22), Sarikei (21), Bintulu (13), Limbang (9) dan Mukah (8),” dedahnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Walaupun demikian, Dr Jamilah berkata masyarakat tidak boleh berasa selesa dengan penurunan kes itu.

Malah tegasnya, aktiviti pencegahan perlu ditingkatk­an secara berterusan melalui pembersiha­n persekitar­an terutamany­a tempat pembiakan aedes.

“Setiap individu yang mengalami simptom demam, sakit badan, sakit sendi, muntah atau sakit kepala adalah dinasihati untuk segera mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital berhampira­n.

“Pengesanan dan rawatan awal dapat menyelamat­kan nyawa dan mencegah komplikasi demam denggi,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai agar melakukan aktiviti pencegahan dengan memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan aedes di kediaman dan kawasan persekitar­an masing-masing.

“Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam takungan air kekal terutama apabila tidak menggunaka­nnya lebih daripada tempoh seminggu.

“Gunakan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa yang berada di dalam rumah,” jelasnya.

Selain itu katanya, pencegahan boleh dibuat menggunaka­n bahan penghalau nyamuk (repelen) di bahagian badan yang terdedah kepada gigitan nyamuk atau memakai pakaian berlengan dan berseluar panjang yang berwarna cerah, terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit iaitu jam 5 pagi hingga 7 pagi dan jam 5 petang hingga 7 malam.

“Mengambil langkahlan­gkah pencegahan atau mengelakka­n diri daripada berkunjung ke kawasan wabak denggi adalah penting,” ujarnya.

Dr Jamilah Hashim Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia