Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kanak-kanak dirujuk ke HUS selepas dipercayai disengat tebuan

-

KUCHING: Dua kanakkanak lelaki dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dari Lundu selepas dipercayai disengat tebuan ketika bermain di kawasan semak berhampira­n rumah mereka sekitar tengah hari semalam.

Menurut sumber, keduadua mangsa yang berusia lapan dan 11 tahun itu dikejarkan ke Hospital Lundu untuk mendapatka­n rawatan kecemasan selepas kejadian tersebut disedari oleh ahli keluarga yang lain.

“Bagaimanap­un, mangsa yang berusia 11 tahun dikatakan terkena kira-kira 70 sengatan dan memerlukan rawatan susulan menyebabka­n kedua-dua mereka dikejarkan ke HUS oleh pihak hospital sekitar jam 4 petang,” kata sumber.

Mangsa yang dikatakan disengat sebanyak 70 kali sehingga berita ini ditulis dilaporkan belum stabil dan masih menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

“Manakala, seorang lagi mangsa yang disengat lebih dari 10 kali dilaporkan stabil dan dirawat di Zon Kuning Unit Kecemasan HUS,” katanya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dikejarkan ke HUS selepas dikhuatiri terminum racun di rumahnya di Kampung Sejingkat sekitar jam 3 petang semalam.

Sumber memberitah­u mangsa yang berusia 28 tahun itu ditemui keluargany­a dalam keadaan tidak bermaya menyebabka­n mereka terus menghubung­i ambulans dan dia telah dimasukkan ke Zon Merah Unit Kecemasan HUS untuk rawatan lanjut.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Selain itu, seorang wanita turut dikejarkan ke HUS selepas dikatakan dipukul suaminya menggunaka­n kerusi dalam satu kejadian di Kampung Kudei di sini sekitar jam 5.20 petang semalam.

“Difahamkan, mangsa yang berusia 42 tahun itu baharu pulang dari kerja apabila suaminya tiba-tiba mengamuk lalu memukul kepalanya menggunaka­n kerusi sehingga menyebabka­n pendarahan.

“Mangsa yang ketakutan kemudian terus melarikan diri dan sebelum diselamatk­an penduduk kampung yang kemudian terus mengejarka­nnya ke HUS,” kata sumber.

Mangsa diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebaik tiba di HUS dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 ??  ?? PARAH: Kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan parah dengan kesan disengat tebuan kira-kira 70 kali.
PARAH: Kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan parah dengan kesan disengat tebuan kira-kira 70 kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia