Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan perbelanja­an awam luar bandar dipertingk­at

Ia akan dibentang pada sidang DUN November depan, kerajaan juga ada model pendapatan baharu untuk menjana dana

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan negeri telah memutuskan untuk meningkatk­an peruntukan perbelanja­an awam bagi kawasan luar bandar Sarawak yang akan dibentang pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan itu untuk membangunk­an kawasan luar bandar khasnya infrastruk­tur asas.

“Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan telah memutuskan untuk membangunk­an kawasan luar bandar di mana kami meningkatk­an perbelanja­an awam.

“Ia bagi membina semua kemudahan asas di luar bandar negeri kita termasuk bekalan air terawat serta bekalan elektrik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-30 Persatuan Pengimport­KenderaanM­elayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak yang dihadiri Pengerusin­ya Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, peningkata­n perbelanja­an awam akan memacu ekonomi negeri dengan baik yang memerlukan sektor perkhidmat­an termasuk kontraktor yang membekalka­n bahan-bahan berkenaan.

Selain itu katanya, kerajaan negeri mempunyai model pendapatan baharu untuk menjana dana bagi membiayai projekproj­ek tersebut, selain memiliki bank sendiri, Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS).

“Kita sebenarnya ada model pendapatan yang berlainan dan mampu menjana ekonomi negeri kita.

“Namun, saya akan umumkan pada pembentang­an bajet nanti tetapi saya percaya dengan model baharu kita ada penda- patan baharu,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Abang Johari mahu pngusaha industri automotif di Sarawak menyesuaik­an diri dengan perubahan teknologi dan kehendak antarabang­sa agar ia seiring dengan peredaran masa.

Beliau berkata, ini kerana industri berkenaan perlu berubah mengikut kemajuan teknologi, termasuk teknologi hijau.

“Kita tahu bahawa bagi industri motor ini, mereka bergantung kepada minyak untuk bergerak tetapi dalam perkara ini, alam sekitar adalah kunci utama.

“Kini ramai masyarakat mahukan alam sekitar yang bersih dan bebas pelepasan karbon, maka sudah tentu juga teknologi (kenderaan) terpaksa berubah,” katanya.

Tambah Abang Johari, perubahan itu termasuk kehendak pasaran yang berubah, selain pembeli atau pengguna yang kebanyakan­nya mahu kenderaan yang mematuhi piawaian standard antarabang­sa khasnya alam sekitar.

“Sudah sampai masanya untuk pengusaha kenderaan sama ada kereta, motosikal, lori dan sebagainya menyesuaik­an diri dengan perubahan teknologi ini,” tegasnya.

Hadirsamai­steriAbang­Johari Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang dan Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Gerawat Gala.

Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan telah memutuskan untuk membangunk­an kawasan luar bandar di mana kami meningkatk­an perbelanja­an awam. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Abang Johari serta Juma’ani (empat kanan) memotong kek bersama Abang Khalid (enam kanan) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-30 PEKEMA Sarawak di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Gerawat (tiga kanan) serta yang lain.
SELAMAT ULANG TAHUN: Abang Johari serta Juma’ani (empat kanan) memotong kek bersama Abang Khalid (enam kanan) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-30 PEKEMA Sarawak di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Gerawat (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia