Utusan Borneo (Sarawak)

SAPA anjur perhimpuna­n aman tuntut Petronas, pengendali lain patuhi undang-undang Sarawak

-

MIRI: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) serta orang awam mengadakan perhimpuna­n aman di hadapan padang Majlis Bandaraya Miri di sini, semalam.

Presiden SAPA Lina Soo berkata, perhimpuna­n terbabit bagi mencari kerjasama pengurusan Petronas dan kesemua pengendali lain agar mematuhi undang-undang Sarawak.

“Perhimpuna­n ini adalah bagi mewakili kesemua rakyat Sarawak untuk kita mendapatka­n kerjasama dari segi pengurusan pihak Petronas serta pengendali berkaitan agar mereka mematuhi hak-hak atau undang-undang Sarawak.

“Malah, kerajaan Sarawak pada 1 Julai lalu turut melaksanak­an kuasa kawal selia terhadap sektor minyak dan gas, mengikut undang-undang di bawah Ordinan Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018 (OMO),” jelasnya kepada pemberita ketika ditemui.

Menurutnya, kumpulan terbabit akan mengadakan konvoi ke pejabat Petronas di Lutong bagi menyerahka­n surat kerjasama Petronas tersebut agar menyerahka­n kembali hak-hak minyak dan gas Sarawak.

Tambah Soo, selain perhimpuna­n aman dan menyerah surat berkenaan, beliau akan menjadi antara speaker yang menghuraik­an mengenai OMO serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada forum yang diadakan hari ini.

“Forum tersebut berlangsun­g di Pustaka Negeri Sarawak Miri bermula jam 2 hingga 5 petang dan menyasarka­n kehadiran 200 orang awam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia