Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar mesra, tindakan proaktif PEKEMA bantu ahli bertahan dalam industri

-

KUCHING: Dasar mesra diperkenal­kan kerajaan dan tindakan proaktif Persatuan Pengimport Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) membantu ahlinya bertahan dalam industri sehingga ke hari ini.

Pengerusi PEKEMA Sarawak Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki berkata, sehubungan itu PEKEMA merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan sama ada negeri mahupun persekutua­n.

“Hampir kesemua ahli memulakan perniagaan dengan serba kekurangan iaitu 30 tahun lalu apabila PEKEMA ditubuhkan.

“Namun dasar- dasar yang diperkenal kerajaan pada waktu itu serta desakan dan tindakan proaktif PEKEMA melindungi dan membantu ahlinya menjadikan kebanyakan mereka bertahan seh- ingga ke hari ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-30 PEKEMA Sarawak yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, malam kelmarin.

Abang Khalid berkata, malah ada ahli yang telah berjaya mempelbaga­ikan perusahaan mereka dengan jayanya hasil keuntungan operasi dalam bidang automotif di bawah naungan PEKEMA.

Mengulas lanjut, beliau berkata dengan perubahan cara perniagaan yang diresapi teknologi serba moden, ahli PEKEMA harus membuat perancanga­n perniagaan jangka panjang yang lebih menyeluruh.

“Kekuatan setiap warga kerja perlu digembleng supaya mahir dalam teknologi baharu yang kian berubah.

“Ini bermakna modal insan yang mahir, berdisipli­n dan komited dalam menjalanka­n perusahaan kita adalah amat penting,” katanya.

Selain kata beliau, PEKEMA Sarawak turut giat mempromosi Sarawak dengan menaja pelbagai aktiviti yang boleh menjulang produk Sarawak.

Justeru, beliau berharap usaha murni itu akan dapat diteruskan sampai bila-bila.

Pada majlis itu, Abang Khalid turut menyerahka­n sebuah van kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Satok yang diwakili isteri Abang Johari, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, sebagai aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) PEKEMA.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB CSR: Abang Johari menyaksika­n penyerahan replika kunci van daripada Abang Khalid (tujuh kanan) kepada Juma’ani (lima kanan) sambil disaksikan yang lain.
TANGGUNGJA­WAB CSR: Abang Johari menyaksika­n penyerahan replika kunci van daripada Abang Khalid (tujuh kanan) kepada Juma’ani (lima kanan) sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia