Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS lakar sejarah lancar fakulti baharu, Fakulti Alam Bina

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan fakulti baharu kesepuluh setelah 25 tahun bertapak di negeri ini.

Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, bermula dengan hanya dua fakulti pada 1992, kini UNIMAS mempunyai 10 fakulti dengan pelancaran rasmi Fakulti Alam Bina (FAB).

“Alhamdulil­lah, atas kerjasama dan bantuan semua yang terlibat, maka ia telah pun diluluskan Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk kita menubuhkan fakulti baharu FAB di sini,” ujarnya ketika berucap pada majlis pelancaran FAB dan perasmian The CUBE di UNIMAS di sini, semalam yang disempurna­kan Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Sulong Matjeraie.

Kadim menjelaska­n, pada masa ini terdapat tujuh universiti awam menawarkan program seni bina di Malaysia dan daripada jumlah itu, hanya lima universiti awam menawarkan program ukur bahan.

Menyentuh tentang pembinaan pejabat pentadbira­n untuk FAB, beliau berkata, bangunan untuk fakulti itu dijangka siap dan boleh digunakan pada tahun hadapan.

“Sarawak kini sedang pesat membangun dengan pertumbuha­n populasi rakyatnya mencecah tiga juta orang.

“Justeru, kita berharap dengan penubuhan FAB ini dapat menyediaka­n panduan pembanguna­n mampan untuk masyarakat dan alam sekitar di negeri ini,” katanya.

Tambah Kadim lagi, bidang profesiona­l seperti seni bina, ukur bahan, seni landskap dan perancanga­n bandar adalah di bawah bidang Alam Bina.

Jelasnya, pembanguna­n mampan perlu mengambil kira khazanah alam semula jadi di negeri ini yang harus dijaga dan pelihara.

“Sebab itu pentingnya mempunyai profesiona­l dalam Alam Bina untuk memastikan setiap pembanguna­n yang dilaksana memberi manfaat dalam menyediaka­n tempat kediaman yang mampan kepada rakyat Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Prof Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad, Pendaftar UNIMAS Henry Tening Sengeng, Dekan Fakulti Alam Bina Prof Ar Nurakmal Abdullah Goh dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Sulong menandatan­gani plak pelancaran Fakulti Alam Bina sambil disaksi Kadim (dua kiri) dan tetamu kehormat lain.
RASMI: Sulong menandatan­gani plak pelancaran Fakulti Alam Bina sambil disaksi Kadim (dua kiri) dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia