Utusan Borneo (Sarawak)

JPVS suntik 81,367 vaksin anti-rabies ke atas haiwan peliharaan setakat ini

-

KUCHING: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) telah menyuntik sejumlah 81,367 vaksin anti-rabies ke atas haiwan peliharaan di seluruh Sarawak.

Pengarah JPVS Dr Adrian Susin yang menyatakan demikian menambah daripada jumlah itu, 73,148 suntikan telah diberikan ke atas anjing dan 8,165 lagi ke atas kucing.

“Setakat ini sebanyak 201 binatang peliharaan positif wabak tersebut yang mana 187 daripadany­a adalah anjing dan 14 lagi kucing.

“Keputusan persampela­n wabak rabies juga telah disahkan menerusi ujian Direct Fluroscent Antibody Technique (FAT), Polymerase Chain Reaction (PCR) dan Rabies Tissue Culture Infection Test (RTCIT),” ujarnya ketika ditemui pada Program Vaksinasi Anti-Rabies di Dewan Serbaguna Kampung Semeba semalam.

Pada masa sama katanya, operasi bersepadu telah dijalankan oleh Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan menangkap sejumlah 9,489 anjing di bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu.

Justeru katanya, pemilik anjing dinasihatk­an untuk memastikan anjing mereka disuntik vaksin anti-rabies terutama jika mereka tinggal di kawasan wabak.

Kegagalan berbuat demikian ujar Dr Adrian, boleh didakwa di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dan didenda tidak melebihi RM2,500 jika sabit kesalahan.

Semalam, program vaksinasi besar-besaran diadakan di tiga lokasi iaitu Dewan Serbaguna Siburan, Dewan Serbaguna Semeba dan Dewan Suarah Bau.

Dewan Serbaguna Semeba menyaksika­n 175 anjing mendapat suntikan pertama vaksinasi antirabies, manakala 91 anjing lagi mendapatka­n vaksinasi kedua, tambahnya.

Sementara itu, hari ini program sama akan dijalankan di Tokong Swee Guk, Siniawan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia