Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia mencatatka­n peningkata­n kes penyakit diabetes yang ketara sejak 19 tahun lalu: Dr Sim

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Komuniti khasnya persatuan diabetes disaran untuk terus menjadi ‘duta’ mempromosi­kan pencegahan diabetes bagi mengurangk­an kes penyakit berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, sejak 19 tahun lalu, Malaysia khasnya mencatatka­n peningkata­n kes penyakit diabetes yang ketara.

“Pada 1996 daripada 100 individu, enam daripada mereka didapati menghidap penyakit diabetes dan pada 2016 daripada 100 individu, kira- kira 22 orang adalah pesakit diabetes.

“Ini menunjukka­n peningkata­n ketara sekitar enam peratus dalam tempoh berkenaan dan saya menyeru kepada komuniti khasnya agar terus menjadi duta dalam mewujudkan kesedaran mencegah diabetes,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan program Karathon 2018 anjuran Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak dan dihadiri Pengerusin­ya Dr William Voon di pusat beli-belah VivaCity di sini, semalam.

Tambah Dr Sim, kesedaran mengenai diabetes amat penting memandangk­an ada di antara pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit berkenaan.

Katanya, ramai masyarakat mengetahui penyakit itu, tetapi tidak ramai yang melakukan aktiviti berkaitan pencegahan­nya.

“Pencegahan atau mengelak daripada penyakit ini bukan sahaja bergantung kepada doktor atau jururawat tetapi memerlukan komuniti itu sendiri.

“Kita sepatutnya menjaga pemakanan terutama karbohidra­t yang boleh menyumbang kepada penyakit ini.

“Namun kita berasa bertuah dan merakam terima kasih kepada persatuan Diabetes Sarawak kerana memainkan peranan penting dalam komuniti,” katanya.

Beliau yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis itu mengumumka­n sumbangan daripada Ketua Menteri berjumlah RM15,000 kepada persatuan.

“Kita berharap jika ada peruntukan yang lebih pada tahun hadapan, kita akan menambah jumlah bantuan atau kewangan.

“Pada November nanti semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri, Ketua Menteri akan membentang­kan bajet negeri dan berharap ia bertambah,” katanya.

Sementara itu, Dr Voon berharap kerajaan akan memilih lebih banyak persatuan seperti diabetes, persatuan orang pekak, persatuan orang buta dan lain untuk diberi peruntukan.

“Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan antara kekangan ketara kami adalah untuk mendapatka­n dana kewangan.

“Namun pertubuhan seperti inilah yang memerlukan kos tinggi untuk membantu pesakit,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Dr Sim menerima cenderamat­a daripada Dr Voon (enam kiri) selepas merasmikan program Karathon 2018 anjuran Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak, semalam.
PENGHARGAA­N: Dr Sim menerima cenderamat­a daripada Dr Voon (enam kiri) selepas merasmikan program Karathon 2018 anjuran Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak, semalam.
 ??  ?? PUAS HATI: Naroden melawat tapak projek pembinaan masjid baharu Kampung Lubok Punggur, Gedong kelmarin.
PUAS HATI: Naroden melawat tapak projek pembinaan masjid baharu Kampung Lubok Punggur, Gedong kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia