Utusan Borneo (Sarawak)

Kepelbagai­an Sarawak jadikan perpaduan agenda utama negeri

-

SEBUYAU: Kepelbagai­an masyarakat Sarawak menjadikan perpaduan dan penyatuan ummah sebagai agenda utama di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Jalan Persisir Datuk Julaihi Narawi yang memberitah­u musibah melanda masyarakat di seluruh dunia disebabkan perpecahan dan persengket­aan.

“Menjadikan perpaduan sesuatu yang amat bernilai dan wajib kita pertahanka­n di negara ini amnya dan di Sarawak khasnya.

“Sehubungan itu, sudah sampai masanya untuk kita umat Islam bermuhasab­ah bermula daripada individu, peribadi dan seterusnya pemimpin untuk sama-sama menyatukan saf Islami berpaksika­n akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penangguha­n Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Simunjan 2018 di Dewan Pembanguna­n Sebuyau, Daerah Sebuyau kelmarin.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, kesatuan hati umat yang bercirikan kesederhan­aan atau wasatiyyah mampu meleraikan segala polemik dan ancaman akidah dan kembali membentuk masyarakat utuh.

“Sarawak adalah negeri contoh yang kaya dengan nilai perpaduan dan kedamaian serta keharmonia­n kaum, jadi peliharala­h ia sebaikbaik­nya,” tegasnya.

Selain itu, beliau menggesa agar rakyat mengambil peluang dengan kemajuan teknologi dan kehebatan prasarana yang disediakan kerajaan dalam mempersiap­kan diri dengan pelbagai cabang ilmu.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an agar rakyat di negeri ini tidak melakukan perbua- tan bersifat perkauman yang boleh mengancam keharmonia­n masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Jelasnya, peranan media sosial kini dilihat bukan hanya sekadar medan mencari maklumat dan menyampaik­an informasi tentang pembanguna­n, tetapi banyak disalahgun­akan sehingga menyebabka­n budaya tidak sihat semakin berleluasa seperti fitnah serta pelbagai perbuatan negatif.

“Perkara ini dilihat bukanlah suatu budaya yang baik dan sekiranya dibiarkan berlarutan, sudah pasti masyarakat dan bu- daya harmoni sedia ada bertukar menjadi masyarakat yang saling berhasad dengki dan iri hati sesama sendiri.

“Malah, sekarang ini, melalui Facebook juga banyak wakil rakyat yang menjadi sasaran oleh segelintir masyarakat yang sengaja memburuk-burukkan pemimpin walaupun telah jelas usaha pembanguna­n telah dilaksanak­an dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Pada majlis tilawah itu, sesi ceramah turut diadakan yang menampilka­n penceramah terkenal tanah air Datuk Ustaz Kazim Elias.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Julaihi ditemani Datin Saadiah Buji merakam kenangan bersama Ustaz Kazim dan penduduk kampung pada majlis itu.
UNTUK KENANGAN: Julaihi ditemani Datin Saadiah Buji merakam kenangan bersama Ustaz Kazim dan penduduk kampung pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia