Utusan Borneo (Sarawak)

Wong gesa SPRM Sarawak laksana tugas sebaiknya

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Padungan Wong King Wei menggesa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab mereka dengan sebaiknya.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam, Wong berkata selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintah­an negara, SPRM bebas untuk menjalanka­n siasatan ke atas mana-mana individu berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.

“Ibu Pejabat SPRM di Kuala Lumpur kini sedang menyiasat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas 32 tuduhan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah.

“Jika SPRM di peringkat pusat boleh menyiasat bekas Perdana Menteri kita, mengapa SPRM Sarawak tidak boleh berbuat sama ke atas pemimpin besar di negeri ini?” ujarnya.

Tambah Wong, laporan polis pernah dibuat ke atas salah seorang pemimpin besar di negeri ini berhubung salah guna kuasa dan rasuah.

Namun, sehingga kini tiada siasatan dibuat ke atas pemimpin berkenaan dengan alasan mereka tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

“Tiada sebab untuk SPRM Sarawak berasa takut dan bimbang untuk menjalanka­n siasatan ke atas pemimpin besar di negeri ini.

“Saya menggesa SPRM Sarawak supaya tidak pilih kasih dan membuka semula kertas siasatan ke atas pemimpin berkenaan.

“Jika SPRM Sarawak gagal berbuat demikian, pengarah SPRM Sarawak patut meletakkan jawatan,” ujar Wong yang turut disokong oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia