Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n ekonomi masa kini tidak dapat lari daripada kemajuan teknologi digital untuk kekal berdaya saing: Wong

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan negeri memerlukan kerjasama semua pihak sama ada sektor swasta dan awam termasuk rakyat secara keseluruha­nnya dalam usaha melonjakka­n ekonomi Sarawak.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menekankan pendekatan untuk mentransfo­rmasi Sarawak adalah menerusi pendigital­an.

Katanya, semua sedia maklum bahawa kita kini berada dalam dunia yang berbeza di mana teknologi adalah segalanya dan tidak ada manamana organisasi mahupun individu yang dapat mengelak kemajuan teknologi serta impaknya.

“Suka atau tidak, kita mesti mendakap teknologi digital ini untuk membolehka­n kita kekal berdaya saing dalam kemajuan dan pembanguna­n ekonomi masa kini.

“Kementeria­n saya dalam pada itu turut memainkan peranan untuk membangunk­an ekonomi Sarawak menerusi platform digital dan saya berharap Pertubuhan Insur- ans Sarawak (PIS) juga akan menyokong usaha kerajaan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Makan Malam Ulang Tahun Ke-39 PIS di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Bercakap mengenai majlis tersebut, Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, industri insurans memainkan peranan penting dalam menyediaka­n perkhidmat­an sosial kepada masyarakat.

Perkhidmat­an insurans katanya, ibarat jaket kesela- matan dan memberi harapan kepada masyarakat apabila berdepan dengan perkara tidak diingini.

Sehubungan itu, beliau berharap penggiat industri insurans akan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat yang memberi kepercayaa­n kepada mereka untuk jaminan perlindung­an masa depan.

Sementara itu, Presiden PIS Tommy Li berkata, transforma­si digital industri insurans adalah cabaran utama yang didepani penanggung insurans dalam dunia teknologi masa kini.

Dengan pendigital­an katanya, pemain industri insurans mesti menyedari sejauh mana jangkaan pelanggan digital telah berkembang melangkaui apa yang ditawarkan.

“Tema ‘Embracing Digitaliza­tion’ dipilih untuk mengukuhka­n minda setiap kakitangan insurans sebagai ciri-ciri tinggi mengenai evolusi perniagaan insurans.

“Pertubuhan dalam pada itu akan terus memainkan peranan dalam membantu ahli-ahlinya untuk mengadapta­si model inovasi selain kelayakan pendidikan teknikal insurans,” katanya.

Turut hadir, pengerusi pengelola Stephen Yii bersama ahli jawatankua­sa pertubuhan yang lain serta wakil semua syarikat insurans di negeri ini.

 ??  ?? SIMBOLIK: Wong (tiga kiri) bersama Tommy (empat kiri) serta ahli-ahli PIS yang lain memotong kek sebagai simbolik ulang tahun ke-39 pertubuhan itu.
SIMBOLIK: Wong (tiga kiri) bersama Tommy (empat kiri) serta ahli-ahli PIS yang lain memotong kek sebagai simbolik ulang tahun ke-39 pertubuhan itu.
 ??  ?? MOHON BERKAT: Ahli Jawatankua­sa Masjid Darul Husna Sibu Jaya bersama para pelajar ketika Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana 2018, malam kelmarin.
MOHON BERKAT: Ahli Jawatankua­sa Masjid Darul Husna Sibu Jaya bersama para pelajar ketika Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana 2018, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia