Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia, Singapura terus bekerjasam­a untuk majukan lagi bidang pendidikan

-

KUCHING: Malaysia dan Singapura akan terus bekerjasam­a untuk memajukan lagi bidang pendidikan di kedua-dua negara.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) Datuk Dr Mohd Gazali Abas berkata, kerjasama erat terjalin antara kedua-dua negara selama ini akan membolehka­n Malaysia melangkah lebih jauh dalam bidang tersebut.

Melalui mesyuarat bilateral diadakan setiap tahun dengan Kementeria­n Pendidikan Singapura, menurut Gazali, Malaysia dapat belajar dan berkongsi dengan negara jiran itu pelbagai bidang yang boleh memanfaatk­an keduadua pihak.

“Mesyuarat ini telah bermula sejak 90- an hingga sekarang. Ada beberapa perkara yang kita bincangkan bersama pihak Kementeria­n Pendidikan Singapura.

“Kita juga mengadakan pertanding­an sukan melibatkan 200 kakitangan dari Singapura yang bertujuan merapatkan lagi hubuungan antara Malaysia dan Singapura.

“Dengan bekerjasam­a, kita boleh melangkah jauh dalam bidang pendidikan,” semasa merasmikan Sukan Tahunan MOE Malaysia- Singapura 2018 kali ke-14 di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan Singapura Chan Lai Fung Chan mengharapk­an lebih banyak pertukaran dalam bidang pendidikan dicapai antara Malaysia dan Singapura pada masa akan datang.

Menurutnya, banyak perkongsia­n dibuat antara Malaysia dan Singapura sepanjang 14 tahun hubungan bilateral dalam bidang pendidikan dan mahu ia diteruskan.

Sebanyak 18 acara sukan dipertandi­ngkan kali ini membabitka­n beberapa venue di serata Kuching yang julung kalinya dipilih sebagai tuan rumah.

Antaranya golf, badminton, sepak takraw, bola tampar (lelaki dan wanita), bola jaring, tenis, hoki, bola sepak, snuker/pool, tenpin boling, pingpong, karom, dart, scrabble, catur dan ‘checkers.’

KPM melibatkan seramai 218 peserta, manakala Singapura menghantar 202 peserta.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin dan Timbalan Ketua Pengarah Kementeria­n Pendidikan Singapura ChuaLim Yen Ching.

 ??  ?? RASMI: Mohd Gazali (kiri) dan Chan (dua kanan) serentak menyumpit belon untuk merasmikan Sukan Tahunan MOE Malaysia-Singapura 2018 di Kuching, semalam.
RASMI: Mohd Gazali (kiri) dan Chan (dua kanan) serentak menyumpit belon untuk merasmikan Sukan Tahunan MOE Malaysia-Singapura 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia