Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n dalam sukan elak pelajar terjebak dalam kegiatan tidak bermoral

-

MIRI: Penglibata­n secara konsisten pelajar dalam bidang sukan mampu mengelak golongan itu daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengakui kegiatan sukan yang berterusan menjadi benteng paling ampuh kepada masalah disiplin pelajar.

“Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangunk­an modal insan yang berkualiti sekali gus mengelak pelajar daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat,” ujarnya semasa merasmikan Program Senamrobik­thon SMK Baru Miri 2018 pagi semalam.

Lukanisman berkata, jika pelajar terlibat dalam bidang sukan, maka masa terluang mereka boleh diisi dengan aktiviti yang boleh menyihatka­n tubuh badan.

“Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi.

“Sukan mampu membentuk seorang pelajar yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk nilai positif seseorang untuk berhemah tinggi, bertang- gungjawab, berdisipli­n dan mempunyai jati diri yang kental,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan salah satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut.

“Dasar yang mewajibkan setiap murid mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah mampu mengembali­kan kemeriahan sukan di sekolah,” katanya.

Pada masa sama katanya, ia merapatkan silaturahi­m warga sekolah dan masyarakat setempat, justeru pendekatan itu akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

“Saya percaya melalui pelaksanaa­n aktiviti senamrobik dapat melahirkan generasi muda yang cergas dan sihat serta membudayak­an senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka,” katanya.

Menerusi senamrobik jelas- nya, setiap pelajar akan tertarik untuk melakukann­ya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik.

Ia seterusnya membina keyakinan murid supaya yakin melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Baru Miri Iskandar Abd Rahim dan Pengetua SMK Baru Miri Jerrah Pandin.

 ??  ?? KREATIF: Lukanisman bersama guru dan pelajar SMK Baru merakamkan detik manis bersama karya lukisan pelajar sekolah itu sempena Program Senamrobik­thon semalam.
KREATIF: Lukanisman bersama guru dan pelajar SMK Baru merakamkan detik manis bersama karya lukisan pelajar sekolah itu sempena Program Senamrobik­thon semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia