Utusan Borneo (Sarawak)

Len umum peruntukan RM50,000, yakin Tabung Yayasan Penghulu Adin Jampang bawa impak positif kepada penduduk

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Penubuhan Tabung Yayasan Penghulu Adin Jampang bakal memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk Sare dari segi kebajikan dan pendidikan.

Justeru, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh pada majlis perasmian Dewan Adin di Sare dekat sini, semalam mengumumka­n peruntukan RM50,000 untuk menjayakan yayasan tersebut.

“Kita harap penubuhan yayasan ini mampu membawa impak positif kepada penduduk di kawasan ini, khususnya dalam aspek penjagaan kebajikan dan pendidikan generasi muda.

“Usaha ini amat penting agar perjuangan untuk meningkatk­an taraf hidup dan melakar masa depan yang lebih cerah untuk penduduk di kawasan ini dapat direalisas­ikan dengan cemerlang,” ujar Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang.

Len berkata, yayasan itu nanti akan dipengerus­ikan oleh beliau sendiri, manakala Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab pula akan menjadi timbalan pengerusi.

Menurutnya lagi, pemilihan nama Penghulu Adin Jampang untuk dewan dan yayasan tersebut adalah untuk mengenang jasa mendiang terhadap penduduk di kawasan itu ketika hayatnya.

“Penghulu Adin Jampang adalah seorang pemimpin tempatan yang amat berwawasan.

Salah satu perjuangan beliau yang dapat kita saksikan hingga ke hari ini ialah dengan menubuhkan sebuah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Adin.

“Kewujudan sekolah ini telah banyak mengubah nasib penduduk di sini melalui kemajuan dalam bidang pendidikan.

“Kini tiba masa untuk kita selaku pemimpin yang telah diamanahka­n oleh rakyat un- tuk meneruskan perjuangan beliau dan terus membangunk­an penduduk di kawasan ini,” katanya.

Mengulas mengenai usaha tersebut, Len berkata setiap tahun sejak beliau menjadi pemimpin di kawasan itu, sejumlah RM200,000 peruntukan diagihkan untuk membangunk­an pendidikan melalui pelbagai program.

Oleh itu, beliau mahu masyarakat setempat bekerjasam­a dan menyokong dasar kerajaan untuk memastikan mereka tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Porkan Budiman, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Wong Zee Yeng, Penghulu Bidai Gisang dan masyarakat setempat.

 ??  ?? KENANG JASA: Len menyempurn­akan upacara perasmian Dewan Adin di Sare, dekat Sarikei semalam.
KENANG JASA: Len menyempurn­akan upacara perasmian Dewan Adin di Sare, dekat Sarikei semalam.
 ??  ?? JOM BERGAMBAR: Lukanisman merakam kenangan bersama sebahagian pelajar SMK Taman Tunku yang menyertai Program Perdana Badan Beruniform, semalam.
JOM BERGAMBAR: Lukanisman merakam kenangan bersama sebahagian pelajar SMK Taman Tunku yang menyertai Program Perdana Badan Beruniform, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia