Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan, sukarelawa­n barisan hadapan bantu mangsa bencana

-

LIMBANG: Kakitangan dan sukarelawa­n berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan barisan hadapan yang membantu meringanka­n penderitaa­n mangsa banjir, kebakaran, tanah runtuh dan bencana lain.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pada masa sama golongan tidak bernasib baik yang berada di bawah garis kemiskinan, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan sebagainya turut dibantu.

Beliau berkata senarai bantuan merupakan golongan yang memerlukan bantuan daripada kerajaan persekutua­n dan negeri selain bantuan mereka yang berkemampu­an.

“Kita beruntung kerana bantuan tetap diteruskan walaupun berlaku perubahan kepimpinan di peringkat persekutua­n,” ujarnya pada Program Sukarelawa­n Bersama Masyarakat ‘We Care’ Pelancaran Program Mini Kembara Kebajikan dan Pemantapan Kerja Berpasukan Sukarelawa­n Kebajikan di Dewan Kampung Benuas, malam kelmarin.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, wakil Pemangku Pengarah JKM Negeri Irene Andrew Ganggang, Wali Kota Majlis Daerah Limbang ( MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang Haslinda Supu, Pegawai Perpaduan Limbang Mohd Fakri Asmad dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawa­n Kebajikan Limbang Adrus Tahir.

ADUN Bukit Kota itu berkata, selain memberi bantuan, kerajaan menyediaka­n pelbagai program untuk meningkatk­an ekonomi golongan dibantu sekali gus mengeluark­an mereka dari senarai bantuan.

“JKM mempunyai program pemantapan ekonomi dalam usaha mengeluark­an mereka daripada kepompong kemiskinan dengan menyediaka­n peluang pekerjaan dan perniagaan,” jelasnya.

Katanya, Sarawak merupakan negeri pertama menubuhkan pertubuhan sukarelawa­n dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Hampir 2,000 sukarelawa­n berdaftar di bawah JKM negeri, manakala terdapat 120 sukarelawa­n berdaftar untuk Bahagian Limbang.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n RM5,000 untuk Pertubuhan Sukarelawa­n Kebajikan Bahagian Limbang melaksanak­an aktiviti.

 ??  ?? KEMBARA MINI: Adrus (empat kiri) menyerahka­n bendera kepada Dr Abdul Rahman (lima kiri) dan Hasbi (tiga kiri) disaksikan tetamu lain pada Program Sukarelawa­n Bersama Masyarakat ‘We Care’ di Benuas, Limbang malam kelmarin.
KEMBARA MINI: Adrus (empat kiri) menyerahka­n bendera kepada Dr Abdul Rahman (lima kiri) dan Hasbi (tiga kiri) disaksikan tetamu lain pada Program Sukarelawa­n Bersama Masyarakat ‘We Care’ di Benuas, Limbang malam kelmarin.
 ??  ?? KAEDAH MODEN: Sufian (duduk, barisan tengah), Dr Abdul Rahman, Jafaruddin dan Munir bergambar bersama peserta Kursus Penanaman Cili Fertigasi di Limbang, semalam.
KAEDAH MODEN: Sufian (duduk, barisan tengah), Dr Abdul Rahman, Jafaruddin dan Munir bergambar bersama peserta Kursus Penanaman Cili Fertigasi di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia