Utusan Borneo (Sarawak)

Pidato tingkat keyakinan, kemahiran pelajar bercakap di khalayak ramai

-

MIRI: Aktiviti berpidato digalak dianjurkan di sekolah-sekolah dalam usaha meningkatk­an keyakinan dan kemahiran pelajar untuk bercakap di khalayak ramai.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, ia juga untuk memastikan para pelajar berani bersuara dengan cara yang berdisipli­n dan tertib.

“Ini antara cadangan yang boleh membantu para pelajar kita lebih berkeyakin­an dan berani untuk menyuaraka­n sesuatu.

“Malah, mereka (pelajar) inilah yang bakal menggantik­an pemimpin-pemimpin kita pada masa hadapan untuk membangunk­an negara,” ujarnya pada Program Perdana Badan Beruniform SMK Taman Tunku di sini semalam.

Mengulas mengenai program terbabit, beliau difahamkan sekolah itu mempunyai sembilan kelab beruniform yang mempunyai seramai 1,040 pelajar.

“Ini merupakan satu jumlah besar bagi sebuah sekolah dan saya pasti bukan mudah untuk warga sekolah menjaga dan membimbing pelajar menjadi yang terbaik.

“Gunakan badan beruniform ini untuk kita membangunk­an jati diri dan rasa sayang kepada sekolah dengan mengamalka­n kerjasama dengan para guru dan rakan-rakan anda.

“Badan beruniform juga salah satu landasan kepada pelajar menjadi seorang yang berkeyakin­an dan berketeram­pilan, sejajar dengan usaha kerajaan kita untuk mewujudkan ‘kemenjadia­n’ pelajar di dalam dan luar sekolah,” ujarnya.

Lukanisman turut mengingatk­an para pelajar agar mengimbang­i pencapaian akademik dan kokurikulu­m di sekolah untuk menjadi seorang yang berdisipli­n dan berkeboleh­an apabila tamat sesi persekolah­an serta melangkah ke alam pekerjaan atau universiti kelak.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan bernilai RM20,000 untuk kegunaan sekolah terbabit.

 ??  ?? RINGAN BEBAN: Paulus menyampaik­an bantuan banjir kepada salah seorang penerima disaksikan Racha (kanan) kelmarin.
RINGAN BEBAN: Paulus menyampaik­an bantuan banjir kepada salah seorang penerima disaksikan Racha (kanan) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia