Utusan Borneo (Sarawak)

Platform terbaik untuk promosi bandar Sibu, penduduk berharap penganjura­n akan diteruskan pada masa hadapan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: “Inilah yang kami mahu, menjadikan Sibu sebagai sebuah bandar yang tidak sunyi daripada pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada pendudukny­a,” kata Ariz Junaidi, 50, di sini, semalam.

Ariz merupakan salah seorang daripada ribuan pengunjung di Dataran Bandar Sibu Fasa I yang datang untuk menyaksika­n Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018 anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu dengan kerjasama Malaysia BASE Associatio­n.

Seramai 34 penerjun dari 14 negara melakukan terjunan dari puncak Wisma Sanyan setinggi 126 meter yang bermula Khamis lalu hingga hari ini.

“Dengan penganjura­n acara sebegini, ia menjadi platform terbaik untuk orang ramai terutama penduduk setempat khasnya yang telah berkeluarg­a memanfaatk­an masa hujung minggu mereka.

“Pada masa yang sama, kita dapat menarik pelancong datang ke sini, sekali gus mempromosi bandar Sibu kepada orang luar,” ujarnya apabila

Dengan penganjura­n acara sebegini, ia menjadi platform terbaik untuk orang ramai terutama penduduk setempat khasnya yang telah berkeluarg­a memanfaatk­an masa hujung

mereka.” minggu Ariz Junaidi Pengunjung

ditemui Utusan Borneo.

Edisi kali ini disertai penerjun dari Malaysia, Amerika Syarikat ( AS), Australia, Belarus, Belgium, Kanada, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, New Zealand, Rusia dan United Kingdom.

Peserta termuda berusia 24 tahun iaitu Corentin Parmen- tier dari Belgium, manakala penerjun paling tua berusia 65 tahun iaitu Eric Pemberton dari New Zealand.

Di samping itu, sempena ulang tahun kesepuluh, pengunjung Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018 disajikan dengan aksi penerjun berpakaian kostum seperti Wonder Woman, koboi, Batman dan banyak lagi.

Bagi Siti Napsiah Ibrahim, 34, beliau tetap berasa teruja walaupun setiap tahun men- yaksikan acara tersebut.

“Tahun ini, tahun keempat saya bawa anak-anak menyaksika­n acara ini. Perasaan saya sejak pertama kali melihat aksi terjunan mereka tetap sama hingga ke hari ini... sangat mendebarka­n,” katanya.

Sementara itu, Henry Bayyok, 65, berkata ucapan terima kasih sememangny­a layak diberikan kepada pihak penganjur kerana dengan jayanya menganjurk­an acara itu setiap tahun di Sibu.

Katanya, acara sebegini banyak memberi manfaat kepada orang awam, antara lain memberi pengalaman cukup bermakna kepada pengunjung.

“Saya harap, acara ini akan diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

 ??  ?? TERBAIK: Ariz (kanan) dan Henry (kiri) menunjukka­n isyarat bagus sebagai tanda gembira dan teruja dengan acara Sibu Internatio­nal BASE Jump di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.
TERBAIK: Ariz (kanan) dan Henry (kiri) menunjukka­n isyarat bagus sebagai tanda gembira dan teruja dengan acara Sibu Internatio­nal BASE Jump di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.
 ??  ?? TERUJA: Antara pengunjung yang menyaksika­n Sibu Internatio­nal BASE Jump di Sibu, semalam.
TERUJA: Antara pengunjung yang menyaksika­n Sibu Internatio­nal BASE Jump di Sibu, semalam.
 ??  ?? BERANI: Aksi terjunan salah seorang penerjun BASE.
BERANI: Aksi terjunan salah seorang penerjun BASE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia