Utusan Borneo (Sarawak)

500 sertai pertanding­an mewarna sempena Internatio­nal BASE Jump

-

SIBU: Seramai 500 peserta menyertai pertanding­an mewarna sempena Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018 di Dataran Bandar Sibu Fasa II, semalam.

Dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Bahagian Sibu, pertanding­an melibatkan 400 peserta kanak-kanak tadika dan 100 peserta terdiri daripada ibu bapa.

Bagi kategori kanak-kanak tadika, pertanding­an dimenangi oleh Joey Loh Zhi Xuan dari Tadika Sing Ang Tong, diikuti Joey Ling Yi Yuan (Tadika Taman Rajang) dan Hii Wei Yang (Tadika SJK Taman Rajang).

Joey Loh menerima hadiah berupa sebuah basikal, manakala Joey Ling dan Wei Yang masing- masing menerima ‘mini scooter.’

Pemenang tempat keempat hingga kesepuluh ialah Jaminie Ling, Murphy Wong, Emelia Tang, Christine Chiew, Awatif Aqilah Muhamad Firdaus, Nur Chinta Elfiera Kambri dan Austine.

Untuk kategori dewasa, pertanding­an dimenangi oleh Ngien Yiew Ming, yang menerima hadiah berupa pengukus makanan.

Tempat kedua dimenangi oleh Rusydiah Aini dan Jenny Ha Yung Yung, ketiga. Masingmasi­ng menerima hadiah kipas angin dan pengisar makanan.

Tempat keempat hingga kesepuluh kategori dewasa jatuh kepada Tioong Ing Jing, Jacqueline Vetty Ngilah, Nurharina Ju Abdullah, Che Intan Subri, Jatai Jilap, Zunita Lasot dan Effa Norashikin.

Hadiah disampaika­n kepada pemenang oleh Pegawai KEMAS Bahagian Sibu Napsiah Suhaili.

 ??  ?? TAHNIAH: Napsiah (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Joey Loh sambil diperhatik­an yang lain.
TAHNIAH: Napsiah (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Joey Loh sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia