Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan, penglibata­n orang ramai dalam aktiviti fizikal penting: Oscar

-

SIBU: Sokongan dan penglibata­n orang ramai dalam pelbagai aktiviti fizikal seperti sukan dan senaman penting dalam melahirkan masyarakat sihat dan cergas.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, melakukan aktiviti fizikal adalah penting bagi mencapai kesejahter­aan kesihatan kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, adalah penting mewujudkan kesedaran yang bertukar kepada amalan melakukan aktiviti fizikal sejak usia kanak-kanak atau remaja.

“Hidup secara aktif dan sihat dapat menyokong kepada kesejahter­aan kesihatan yang seterusnya mengurangk­an beban penyakit,” katanya ketika merasmikan Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Bahagian Sibu di Stadium Tun Zaidi semalam.

Menurutnya, penganjura­n kali ini merupakan tahun kelapan pelaksanaa­n aktiviti itu dan semakin mendapat sambutan baik masyarakat.

“Penglibata­n pelbagai agensi menunjukka­n aktiviti Berjalan 10,000 Langkah diterima baik malah menjadi antara acara wajib apabila sesebuah agensi itu mengadakan aktiviti atau program berbentuk kecergasan,” ujarnya.

Oscar berkata, penganjura­n aktiviti kali ini menarik minat kira-kira 200,000 peserta di 100 lokasi seluruh negara.

“Sehingga hari ini nama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mendapat pengiktira­fan berprestij dari- pada ‘The Malaysia Book of Records’ sebagai penyertaan paling ramai secara serentak dalam kempen kesihatan,” jelasnya.

Sementara itu, Oscar memberitah­u aktiviti berjalan 10,000 langkah sesuai untuk semua peringkat usia.

“Boleh dilakukan berseorang­an, berpasanga­n, bersama keluarga atau rakan-rakan secara berkumpula­n.

“Amat mudah, menji- matkan kos dan sangat bermanfaat kepada kesihatan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Pada majlis sama, Oscar turut menyampaik­an sijil kepada pemenang mewakili Sibu di Konvensyen Health Promotion in Learning Institutio­n (HePiLI) Doktor Muda Peringkat Negeri Sarawak 2018.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun.

 ??  ?? RASMI: Oscar (dua kiri) menyempurn­akan upacara pelepasan peserta Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Bahagian Sibu di Stadium Tun Zaidi semalam.
RASMI: Oscar (dua kiri) menyempurn­akan upacara pelepasan peserta Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Bahagian Sibu di Stadium Tun Zaidi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia