Utusan Borneo (Sarawak)

Calon UPSR dinasihat jaga kesihatan agar lebih fokus

-

KUCHING: Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pajar Sejingkat yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai esok dinasihatk­an supaya menjaga kesihatan agar lebih fokus dalam menjawab soalan peperiksaa­n.

Guru Besar SK Pajar Sejingkat Mansor Hassan berkata, penjagaan kesihatan amat penting kerana dengan kesihatan yang baik, ia sudah tentu akan membawa ke arah pemikiran yang tenang.

“Sebelum ini, saya pernah menjaga murid mengambil peperiksaa­n UPSR di hospital dan melihat keadaan ini, ia sedikit sebanyak mengganggu konsentras­i dan tumpuan murid terbabit.

“Justeru, saya harap perkara ini tidak berulang dan mengingatk­an anak-anak supaya menjaga kesihatan lebih-lebih lagi ketika musim peperiksaa­n semakin hampir,” ujarnya pada Majlis Program Restu Ilmu dan Solat Hajat Tahun Enam di SK Pajar Sejingkat di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa ibu bapa supaya memainkan peranan penting dalam merangsang kejayaan anak-anak yang bakal menduduki peperiksan itu.

Selain usaha, katanya, doa restu ibu bapa juga penting untuk anak- anak meraih kejayaan.

“Tidak dinafikan semangat dan kemahuan untuk belajar itu penting, namun restu dan doa kedua orang tua juga tidak kurang pentingnya.

“Saya percaya para guru SK Pajar Sejingkat sudah memberikan komitmen terbaik untuk memastikan murid-murid mereka mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, namun peluang mengecapi kecemerlan­gan lebih cerah apabila disertai doa dan restu ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pajar Sejingkat Rahmat Sabang berkata, ibu bapa, guru dan murid sudah berusaha mencapai yang terbaik untuk UPSR ini.

“Bagaimanap­un, kita seharusnya sedar bahawa kecemerlan­gan seseorang murid itu bukan bersandark­an kepada pencapaian UPSR semata-mata, sebaliknya perlu dinilai dari pelbagai sudut termasuk kekuatan pengisian rohaninya,” jelasnya.

Gagal pada hari ini (UPSR) tidak bermakna akan gagal selama-lamanya, sebaliknya teruskan usaha untuk terus mengecapi kejayaan di masamasa akan datang, tambah beliau

Turut diadakan pada majlis itu ialah bacaan surah Yasin, solat hajat dan dhuha serta penyampaia­n alat tulis kepada murid- murid tahun enam terbabit.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Guru, ibu bapa dan murid-murid yang hadir pada majlis Program Restu Ilmu dan Solat Hajat Tahun Enam di SK Pajar Sejingkat di Kuching, semalam.
SEMOGA BERJAYA: Guru, ibu bapa dan murid-murid yang hadir pada majlis Program Restu Ilmu dan Solat Hajat Tahun Enam di SK Pajar Sejingkat di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia