Utusan Borneo (Sarawak)

Program Duta Prihatin Masyarakat inisiatif pastikan pengurusan ubat-ubatan di rumah pesakit adalah betul dan selamat

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Program Duta Prihatin Masyarakat (DPM) merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan pengurusan ubat-ubatan di rumah pesakit adalah betul dan selamat.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Abu Hassan Alshaari Abdul Jabar berkata, program melibatkan kolaborati­f antara Duta Kenali Ubat Anda dan pegawai farmasi dalam aktiviti penggunaan ubat secara berkualiti.

“Objektif program ini diadakan ialah untuk meningkatk­an kepatuhan pesakit terhadap pengambila­n ubat-ubatan.

“Ia juga bertujuan memastikan pengurusan ubat-ubatan di rumah adalah betul dan selamat, selain mengoptimu­mkan penggunaan ubat-ubatan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Program PDM sempena Sambu- tan Hari Farmasi Sedunia di Rumah Chendang Ambau, Sungai Assan semalam.

Hadir sama Ketua Cawangan Amalan dan Perkembang­an Farmasi Nor Anizah Osman, Ketua Cawangan Penguatkua­saan Farmasi Benodict Apok Talin, Ketua Cawangan Pengurusan Farmasi Isruana Basni, Pegawai Farmasi Bahagian Sibu Siti Khatijah Sahbudin serta Pengerusi Jawatankua­sa Zon Tengah Kempen Kenali Ubat Anda Ling Chung Ming.

Menurut Abu Hassan, perkhidmat­an kaunseling ubat-ubatan juga ditawarkan kepada pesakit yang bertu- juan untuk meningkatk­an kefahaman dan kepatuhan terhadap ubat- ubatan di samping mengenali kesan sampingan jika ada.

“Kita juga boleh mendapatka­n nasihat bagaimana untuk membezakan ubat tiruan dengan ubat asli. Terdapat juga pameran ubat-ubatan tiruan yang telah dirampas hasil pemeriksaa­n premisprem­is untuk tujuan pendidikan pengguna.

“Dengan adanya pameran ini, kita akan mempelajar­i bagaimana mengenali ubat yang selamat, berkualiti, berkesan dan tidak dicemar palsu serta dari mana kita boleh mendapatka­n ubat yang berdaftar.

“Kita juga boleh mempelajar­i cara penggunaan ubat berkualiti berasaskan konsep 5B, di samping kesan sampingan dan perhatian yang perlu diambil sekiranya mengambil lebih daripada satu jenis ubat,” katanya.

Abu Hassan berkata, Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun dengan tema pada tahun ini ‘Pharmacist­s: Your Medicines Expert.’

Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahka­n Program DPM tersebut termasuk Ceramah Kenali Ubat Anda, pertanding­an mewarna dan permainan.

 ??  ?? KENALI UBAT ANDA: Abu Hassan (empat kanan) bersama Tuai Rumah Chendang (empat kiri) pada Program Duta Prihatin Masyarakat di Sungai Assan, semalam.
KENALI UBAT ANDA: Abu Hassan (empat kanan) bersama Tuai Rumah Chendang (empat kiri) pada Program Duta Prihatin Masyarakat di Sungai Assan, semalam.
 ??  ?? KATA-KATA SEMANGAT: Simoi (tengah) memberikan suntikan semangat kepada calon-calon UPSR 2018 dari SK Maludam pada majlis tersebut.
KATA-KATA SEMANGAT: Simoi (tengah) memberikan suntikan semangat kepada calon-calon UPSR 2018 dari SK Maludam pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia