Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud permintaan tinggi bangun perumahan, komersial di Bintulu

-

BINTULU: Wujud permintaan tinggi untuk membangunk­an perumahan dan pusat komersial berdasarka­n pembanguna­n pesat dan bersepadu dalam pelbagai projek berskala besar yang masih dalam pelaksanaa­n di bandar Bintulu.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) Dr Christophe­r Ngui berkata, pembanguna­n kompleks belibelah, rumah kedai, hotel dan pangsapuri tinggi memainkan peranan besar dalam pembanguna­n bandar ini.

Justeru katanya, SHEDA mengadakan pertemuan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin pada 11 Ogos di Kuching untuk membangkit­kan beberapa isu berkaitan keperluan untuk menangani dasar-dasar perumahan dengan mempertimb­angkan keunikan dan perbezaan Sarawak berbanding Semenanjun­g Malaysia dari segi demografi, kanun tanah dan taburan penduduk.

“Isu lain yang dibangkit ialah agar kerajaan mempertimb­angkan penglibata­n BNM ( Bank Negara Malaysia) dalam mengkaji garis panduan dan langkah pembiayaan rumah semasa yang dianggap terlalu ketat untuk pembeli rumah kali pertama,” ujarnya dalam ucapan aluan sempena Jerayawara Perumahan dan Hartanah SHEDA di Bintulu Commerce Square Mall di Parkcity Commerce Square kelmarin hingga 23 September ini.

Perasmian jerayawara itu disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Dr Ngui berkata, usaha itu adalah untuk meringanka­n beban pembeli rumah kali pertama yang mana kerajaan perlu mempertimb­angkan untuk mengetepik­an atau mengecuali­kan semua duti setem dibayar pada perjanjian jual beli, perjanjian kemudahan perbankan dan memorandum pindahan yang berikutnya untuk tiga hingga lima tahun akan datang.

“Ini bukan sahaja membantu bahkan menggalak pemilikan rumah serta membantu pertumbuha­n ekonomi yang lembap dan mewujudkan peluang pekerjaan,” tambahnya.

Menurutnya, Skim MyDeposit RM30,000 untuk bayaran pendahulua­n sangat sesuai untuk rakyat Sarawak kerana ia memberikan mereka pilihan memiliki rumah yang pelbagai sekali gus akan meringanka­n beban pembeli yang perlu menunaikan bayaran pendahulua­n.

“SHEDA berharap kerajaan persekutua­n akan mempertimb­angkan skim MyDeposit yang berterusan atau skim serupa yang akan memberi kesan serta-merta dan positif dalam pasaran perumahan tempatan dengan mendedikas­ikan pe- runtukan sekurang-kurangnya 3,000 unit setahun untuk tiga hingga lima tahun akan datang untuk pembeli rumah pertama kali di Sarawak,” tambahnya.

Katanya, SHEDA juga mencadangk­an agar institusi perumahan kerajaan Borneo Housing Finance Berhad dan institusi kewangan kerajaan negeri memberi pertimbang­an khusus untuk membantu kumpulan pembeli rumah berpotensi memiliki rumah impian mereka sekiranya mereka tidak dapat mengakses skim pembiayaan rumah konvension­al.

Beliau berkata, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Sarawak juga telah mengumumka­n bahawa Sarawak memulakan perniagaan yang berpatutan dalam perumahan yang dikenali sebagai Perumahan Mampu Milik Sri Pertiwi.

“Program perumahan ini adalah untuk membantu kumpulan berpendapa­tan rendah B40 dan pertengaha­n M40 dengan harga jualan rumah maksimum RM270,000 dan RM295,000 bagi unit perantaraa­n dan penjuru bersebelah­an, sementara unit strata bertingkat tinggi dihadkan kepada RM295,000.

“SHEDA memuji langkah kerajaan Sarawak ini sebagai pengenalan program perumahan yang pastinya akan mempunyai kesan jangka panjang yang positif kepada sentimen pasaran semasa di Sarawak,” ujarnya.

Dr Ngui menambah, dengan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), peranan lebih besar pemaju swasta boleh diharapkan dalam menyertai skim tersebut dan membuat sumbangan lebih signifikan dalam membantu kerajaan negeri mencapai lebih banyak perumahan mampu dimiliki rakyat terutamany­a untuk kumpulan B40 dan M40 pada harga yang sama.

“Ia diharap akan memberikan kehidupan yang lebih selesa dengan persekitar­an hidup dan kemudahan yang dipertingk­atkan,” katanya.

Berucap di majlis sama, Naib Presiden SHEDA merangkap Pengerusi SHEDA Cawangan Bintulu Joshua Sia Kee Wei berkata, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sentiasa menggalakk­an SHEDA untuk memberikan maklum balas mengenai pelbagai isu yang dihadapi dalam industri perumahan lebih-lebih lagi pembanguna­n hartanah di Bintulu sebahagian besarnya adalah di bawah pelaksanaa­n ahli-ahli SHEDA.

Katanya, pihaknya bersyukur berikutan Kementeria­n Perumahan memahami dan menghargai kerjasama antara pelbagai pihak yang memberi manfaat untuk kemajuan dan penambahba­ikan industri pembinaan dan pembanguna­n di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia