Utusan Borneo (Sarawak)

Curi beg duit, lelaki dipenjara tiga bulan

-

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mencuri beg duit kepunyaan seorang juruteknik pemasangan penyaman udara.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 11 Oktober depan untuk pengurusan kes bagi tertuduh pertama, Rohana Ngadong yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Mahkamah kemudian membebaska­nnya dengan jaminan tunai RM2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Rohana, 40, dari Permyjaya dan Chong Kok Hua, 32, dari Jalan Lopeng, Riam telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, pada 14 September lalu, seorang juruteknik pemasangan penyaman udara telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 11.20 pagi hari sama, beliau telah pergi ke sebuah kedai menjual peralatan elektrik yang terletak di Jalan Bendahara di sini untuk berjumpa isteri.

Setelah meletakkan motosikaln­ya di tepi kedai itu, tiba-tiba dia telah didatangi seorang wanita yang berpura-pura bertanya tentang penyaman udara.

Setelah wanita itu berlalu, pengadu mendapati beg duitnya yang disimpan di dalam bakul motosikal telah hilang dan ternampak wanita itu berlari sambil membawa beg duitnya.

Wanita terbabit dilihat menyerahka­n beg duit pengadu kepada seorang lelaki dan serentak itu, pengadu mengejar wanita berkenaan dan berjaya menahannya serta memintanya memulangka­n beg duit beliau.

Wanita itu kemudian menghubung­i lelaki yang membawa lari beg pengadu dan sementara dia menyerahka­n beg duit, pengadu turut menghubung­i pihak polis untuk meminta bantuan.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11.28 pagi hari sama di belakang bangunan sebuah hotel di Miri Waterfront, polis telah menangkap semula keduadua tertuduh yang diserahkan oleh pengadu.

Dalam rayuannya, Chong merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya. Manakala tertuduh pertama (Rohana) adalah isterinya dan sedang hamil tiga bulan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh jatuh hukuman.

Sementara dalam satu kes berasingan, mahkamah turut memerintah­kan Rohana dibebas dengan jaminan tunai RM1,500 berserta seorang penjamin tempatan setelah dia menafikan tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap Gerang Chendang, 48, dengan mengeluark­an perkataan bunuh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah malam, 16 Mei 2017 di sebuah lot di Blok 10, Lorong 7 Bandar Baru Permyjaya di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguambela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia