Utusan Borneo (Sarawak)

Dennis pelawa Maszlee lawat sekolah di pedalaman Baram

-

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau mempelawa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melawat sekolah di pedalaman Baram untuk lebih memahami keadaan sebenar masalah yang dihadapi mereka.

Dennis berkata, Maszlee tidak harus menjadikan pendidikan di negeri ini sebagai bahan politik kerana ia adalah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n untuk memastikan pendidikan diberi keutamaan tanpa mengira latar belakang politik.

Beliau menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus mencontohi kerajaan terdahulu yang tidak pernah membangkit­kan sama ada negeri itu menyokong kerajaan atau pembangkan­g, sebaliknya terus melaksanak­an pembanguna­n di semua negeri yang memerlukan.

“Kita perlukan PH untuk meneruskan rancangan kerajaan terdahulu membaiki, menaik taraf atau membina sekolah yang sudah uzur terutama di kawasan pedalaman seperti Baram.

“Laksanakan projek itu dan tidak payah diteliti berulang kali kerana ia hanya melengah-lengahkan projek menaik taraf atau pembinaan,” kata Dennis.

Beliau mengulas kenyataan Maszlee baru-baru ini yang berjanji untuk membaiki sekolah-sekolah uzur di Sarawak walaupun negeri ini bukan di bawah kerajaan PH.

Terdahulu, Dennis mer- asmikan karnival anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Long Miri bagi mengumpul dana untuk membiayai aktiviti sekolah.

Beliau turut menyeru sekolah dan PIBG serta komuniti di konstituen­si tersebut mengambil inisiatif sendiri melalui gotong-royong untuk membaiki dan menyediaka­n kemudahan bagi mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang kondusif.

Katanya, pihak sekolah tidak perlu menunggu atau bergantung dengan kementeria­n sekiranya membabitka­n kerosakan kecil, sebaliknya mengambil inisiatif sendiri untuk membaiki.

 ??  ?? APA KHABAR?: Dennis disambut oleh sebahagian murid sekolah semasa menghadiri karnival bagi mengutip tabung amal di SK Long Miri baru-baru ini.
APA KHABAR?: Dennis disambut oleh sebahagian murid sekolah semasa menghadiri karnival bagi mengutip tabung amal di SK Long Miri baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia