Utusan Borneo (Sarawak)

KDN tidak kompromi peruntukan agensi penguatkua­saan: Azis

Peruntukan mencukupi pastikan keselamata­n negara pada tahap terbaik

-

MELAKA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkomprom­i dalam soal peruntukan untuk agensi penguatkua­saan atau badan beruniform di negara ini khususnya dalam pembentang­an bajet akan datang kerana ia melibatkan isu keselamata­n.

Timbalan Menterinya Datuk Mohd Azis Jamman berkata peruntukan yang mencukupi penting bagi memastikan keselamata­n negara sentiasa berada pada tahap terbaik dengan kemudahan dan peralatan yang mencukupi serta terkini.

“Kita memahami tindakan kerajaan dalam melaksanak­an pelbagai langkah penjimatan termasuk menangguh, mengkaji semula dan membatalka­n projek besar yang bukan menjadi keperluan atau terdesak dilaksanak­an dalam situasi semasa negara yang menghadapi kekangan kewangan.

“Namun aspek keselamata­n adalah penting terutama bagi Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen serta Polis Diraja Malaysia dan kita mengharapk­an kerajaan menambah peruntukan kepada KDN untuk disalurkan kepada agansi pen-

Kita tidak tahu bila bencana akan berlaku dan persediaan yang cukup termasuk dalam soal peruntukan penting bagi memastikan ia dapat diurus dengan baik. Datuk Mohd Azis Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri

guatkuasaa­n ini agar peranan mereka dapat diperkasa”, katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Pentauliah­an Bridged Rela Siswa (RELASIS) Malaysia 2018 di Akademi Latihan Rela di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, 612 pelajar dari 24 institusi pengajian tinggi IPT negara menerima pentauliah­an Relasis selain 33 kakitangan dan tenaga pengajar IPT menerima pingat Pegawai Bersekutu RELASIS dan 30 lagi menerima pingat Pegawai Penyelaras RELASIS.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamata­n) KDN Datuk Seri Nadzri Siron dan Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin.

Mengulas lanjut, Mohd Azis berkata bajet yang mencukupi juga penting kerana agensi penguatkua­saan di bawah KDN bukan sahaja menjaga keselamata­n negara tetapi turut terlibat dalam pengurusan bencana.

“Kita tidak tahu bila bencana akan berlaku dan persediaan yang cukup termasuk dalam soal peruntukan penting bagi memastikan ia dapat diurus dengan baik,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan sentiasa menggalakk­an program kesukarela­wan khususnya di kalangan belia di negara ini dalam usaha memastikan mereka terhindar daripada gejala sosial yang negatif sehingga menggugat keselamata­n negara selain memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya.

Katanya sebagai contoh matlamat Relasis ditubuhkan bertujuan melahirkan warga RELA di kalangan mahasiswa yang aktif, berkemahir­an, berkaliber, berpendidi­kan, berintegri­ti, berdisipli­n dan bertanggun­gjawab dalam melaksanak­an tugas.

“Bridged Relasis merupa- kan salah satu inisiatif kerajaan bagi memperkuku­h dan menyemarak­kan lagi ‘gelombang kesukarela­wan’ dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya anak muda berusia 18 hingga 30 tahun,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERIMA PINGAT: Mohd Azis (kiri) menyempurn­akan pemakaian pingat kepada salah seorang Pegawai Bersekutu Bridged RELA Siswa (RELASIS) Malaysia di Akademi Latihan RELA di Akademi Latihan RELA, Melaka, semalam.
— Gambar Bernama PENERIMA PINGAT: Mohd Azis (kiri) menyempurn­akan pemakaian pingat kepada salah seorang Pegawai Bersekutu Bridged RELA Siswa (RELASIS) Malaysia di Akademi Latihan RELA di Akademi Latihan RELA, Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia