Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM sedang berusaha bawa balik semua aset dibeli dengan dana 1MDB

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) sedang berusaha membawa pulang kesemua aset di luar negara yang dipercayai dibeli menggunaka­n dana 1MDB yang diseleweng.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata ia termasuk pesawat Bombardier 700 bernilai RM143 juta yang berada di Singapura, tiga lukisan bernilai lebih RM400 juta dan hartanah yang dibeli di beberapa negara.

“Satu pasukan khas telah dihantar selepas Mutual Legal Assistance atau Bantuan Perundanga­n Bersama ( MLA) dari negara- negara terbabit diperolehi melalui Jabatan Peguam Negara.

“Satu daripada hasrat ob- jektif penyiasata­n ini adalah untuk membawa balik aset berkaitan IMDB di luar negara dan sebab itu kita ( SPRM) perlukan bantuan negara berkenaan seperti Switzerlan­d, Singapura serta Amerika Syarikat dalam menyelesai­kan siasatan ini.

“Sebagai contoh, kita telah membawa pulang kapal layar mega Equinimity dengan bantuan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu program SPRM 360 di Bernama Radio di sini, semalam.

Azam menambah jika aset serta barangan berkenaan tidak boleh diperoleh atas faktor tertentu, SPRM berharap untuk mendapatka­nnya dalam bentuk wang tunai.

“Yang mana dikatakan punca daripada 1MDB, kita akan berusaha bawa pulang aset berkenaan atau memperoleh­inya semula dalam bentuk wang tunai yang sama nilai dengan barangan berkenaan,” katanya.

Pada 7 Ogos lepas, kapal mewah Equinimity bernilai RM1 bilion yang dibeli menggunaka­n dana 1MDB dibawa pulang ke negara ini dari perairan Indonesia.

Kapal itu disita atas permintaan pihak Jabatan Kehakiman ( DOJ) Amerika Syarikat kerana terbabit dengan siasatan rasuah 1MDB.

Mengulas mengenai sama ada saksi luar negara seperti selebriti antarabang­sa Leornado DiCaprio akan dibawa ke sini untuk dirakamank­an keterangan, Azam ber- kata perkara itu tidak perlu kerana pegawai khas SPRM boleh mengumpul keterangan saksi di negara terlibat dengan kerjasama pihak berkuasa negara luar.

Ahli perniagaan kontrovers­i Low Taek Jho atau Jho Low dilaporkan menggunaka­n dana 1MDB yang diseleweng untuk membeli karya seni yang dihadiahka­n kepada DiCaprio. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia